Aku mendapat panggilan dari sahabatku Arif M.Rajoli pada jam 10.45pm malam tadi, satu berita mengejutkan. Beliau memberitahuku, bahwa ayahandanya sudah kembali ke rahmatullah.
Alhamdulillah, kira-kira jam 9.30am tadi, aku dan sahabat yang lain sempat tiba di Tanah Perkuburan Islam Keramat dan menyaksikan pengebumian arwah M. Rajoli. Sempat kami membacakan tahlil dan mendoakan untuk kesejahteraan Allahyarham. Kami mendoakan agar rohnya tenang dalam menuju perjalanan yang lebih kekal abadi. Amin.
Kenangan akhir saat melawat Allahyarham M. Rajoli. Al-Fatihah.
Sedutan bacaan talkin oleh Allahyarham M. Rajoli dalam filem Esok Masih Ada.
Sedutan bacaan talkin oleh Allahyarham M. Rajoli dalam filem Esok Masih Ada.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.56pm
18-9-2010
Shah Alam
2 ulasan:
Lin terkejut sgt2 bila dpt tahu berita ni tempoh hari....al-fatihah buat allayarham
Salam..
Beberapa tahun lalu, mama berjiran dgn arwah M. Rajoli di AU Keramat. So, setiap kali lepas tarawikh , mama selalu terserempak dgn arwah kat luar pintu surau. Tapi tak pernah bertegur sapa..ngeeee....Alfatihah.
Catat Ulasan