Selasa, 23 November 2010

Coretan Yang Berkelana 91 : " Jangan menyusahkan diri-sendiri ".


Pada minggu lepas aku dan Zaki lepak makan tengahari di Seksyen 7, sedang kami khusyuk makan sambil berbual-bual dan memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba datang seorang pak cik tua yang berloghat Pahang hadir ke meja kami. 

Beliau memberi salam dan memperkenalkan diri kepada kami. Tujuan beliau adalah untuk mencari dana bagi anak-anak yatim. Disamping itu, beliau turut menyediakan kitab-kitab agama bagi setiap sumbangan yang diberi.

Aku melihat ditangannya ada kitab wirid selepas solat dan cara belajar solat. Lalu aku bertanya kepadanya, " Pak cik ada bawa kitab lain tak?". " Ada" jawab beliau. Beliau menunjukan beberapa kitab antaranya Alam Kubur dan Syurga dan Kenikmatannya.

Aku tertarik dengan dua buah kitab itu lalu aku menghulurkan sedikit sumbangan kepada pak cik itu. Kemudian pak cik itu bersalaman dengan kami serta mendoakan kami. Sebelum berpisah beliau sempat memberi sedikit nasihat kepada kami. 

" Jangan melakukan perbuatan yang bakal menyusahkan diri-sendiri ". Kami tersenyum-sipu setelah mendengar nasihat dari beliau. Beliau berkata secara sindiran merangkap nasihat yang bagus.

Memang benar katanya, jika kita melakukan perkara yang dilarang Allah kelak kita akan menyusahkan diri-sendiri selepas hari kebangkitan. Aku terkesima mendengar nasihat yang halus dan penuh hikmah. Benarlah kata-kata hikmah, " carilah ilmu hikmah, kerana ilmu hikmah itu kepunyaan orang Islam yang telah lama hilang". Allahua'lam.


aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.20pm
23-11-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails