Selasa, 16 November 2010

Coretan Yang Berkelana 91 : Selamat Hari Raya Idil Adha...




Apakah perasaan kalian bila tersedar dari tidur dan terus teringat bahawa kalian bermimpi mendapat sebuah arahan yang menyatakan serta menyuruh menyembelih anak sendiri? Pada naluri dan jiwa manusia takkan kita sanggup buat, benarkan? 

Tapi itulah hakikat dan arahan dari Sang Pencipta yang menyuruh Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sebenarnya dalam kehidupan kita banyak memerlukan pengorbanan.


Samada pergorbanan sebagai seorang ayah dalam membesarkan anak-anaknya. Atau pergorbanan sebagai seorang pelajar yang ingin berkorbankan masa lepaknya demi menuntut ilmu dan ingin membantu masyarakatnya. Atau pengorbanan sesebuah gerakan, parti atau persatuan yang mendaulatkan Hadharah Islamiyah di negaranya. 

Pokoknya, setiap orang dalam hidup itu memerlukan pengorbanan. Tapi sempena hari raya korban atau raya haji ini, ada pula yang berkorban kerbau, lembu dan sebagainya. Jangan berkorban ayam dan burung sudahlah. Didalam erti kata korban ini, secara tidak langsung ia mengenang sejarah penyembelihan ke atas Nabi Ismail a.s. 

Ia membawa sebuah pengajaran yang amat besar dalam kehidupan orang muslim hari ini. Kita dapat melihat begitu sayupnya hati Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah dan suruhan Allah tanpa banyak berbicara. Ini menjadi pengajaran kepada kita, iaitu apakah pengorbanan kita pada agama, bangsa dan tanah air kita. 

Apakah kita sudah bersedia mengorbankan segala-galanya demi agama, bangsa dan tanah air kita? Bayangkanlah, seorang perempuan sanggup mengorbankan agamanya dengan membuka tudung mempamerkan rambutnya demi mengikuti trend terkini. Seseorang remaja lelaki sanggup mengorbankan agamanya dengan memakai seluar pendek demi menuruti fesyen anak muda sekarang? 

Sanggup kita mengorbankan agama kita dengan tak solat dan minum arak atas alasan kawan-kawan tak solat dan minum arak? Bagaimanakah seandainya jika kita dapat perintah dan arahan seperti yang dilalui oleh Nabi Ibrahim a.s.? 

Jadi sahabat-sahabat sekalian, aku menyeru kepada diriku yang haqir (hina) ini dan teman-teman sekalian marilah kita bersama-sama berhijrah dan berubah menjadi ke arah yang lebih baik dan berkorban tak kira apa sahaja demi agama yang tercinta. Biar kita berkorban demi agama, jangan agama terkorban kerana kita. Allahua'lam. Selamat Hari Raya Haji & Korban.

"biar kita berkorban demi agama, jangan agama terkorban kerana kita"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.18pm
16-11-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails