Sudah menjadi sejak azali lagi, jiwa manusia itu paling pantang dengan "kutukan belakang" @ mengumpat. Seiring dengan turun Nabi Muhammad membawa syariat yang terselit salah satunya larangan mengumpat. Kerana perbuatan mengumpat ini merupakan suatu yang paling keji sehingga disebut dalam al-Quran si pengumpat akan memakan daging saudara sendiri.
Apa yang paling menyedihkan, sebagai jiwa manusia yang lemah ini, kalau kita mendengar orang mengumpat dan mengkeji dibelakang kita, walau sebesar mana pangkat si pengumpat itu, selabuh mana jubahnya, sebesar mana serban dikepalanya, semewah mana keretanya, semahal mana banglonya, mangsa yang diumpat akan merasa benci yang amat sangat.
Walaupun kita sering mendengar pernah orang berkata, " alah, dia tu kat mulut jer, hati dia baik, ". Macam-mana mahu kita kata hatinya baik, jika luaran (mulutnya) sudah mengambarkan dalamnya.
Mahukah kita membeli sebuah kereta BMW 7S, yang diluarnya sport-rim bengkong, pintu kemek, side mirror pecah, tinted calar, tapi si penjual kereta berkata kepada kita, " alah bang, luar je nampak buruk gila, tapi enjin tip-top bang"..
Nah pikirkanlah tentang gambaran luaran dan dalaman. Benarlah sabda junjungan kita yang tercinta, " tidak akan dikasihi (dihormati), bagi sesiapa yang tidak mengasihi (menghormati)" -al-hadis-..
ibnumaulub
12.06am
29-6-2011
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan