Semalam kami sekumpulan usroh mengadakan lawatan ke Kg. Bagan Tengkorak di Tanjung Karang. Ini membawa beberapa tujuan yang antaranya menziarahi Ibunda Ahmad Zaki yang baru menjalani pembedahan mata bagi membuang selaput dimatanya.
Kemudian kami mengadakan ziarah ke beberapa buah rumah orang yang kurang mampu disamping itu memberikan sedikit sumbangan bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi.
Sumbangan yang diberikan adalah hasil kutipan dari sumbangan sahabat-sahabat setiap kali pertemuan waktu usroh. Alhamdulillah ini merupakan program yang kedua. Muga akan wujud lagi program yang sebegini pada masa akan datang, insyallah.
Dalam menyelami kehidupan mereka yang kurang mampu ini, kita akan mendapat memuhasabahkan diri dan akan wujud perasaan mensyukuri nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Kadang-kala kita mengeluh dengan makanan yang tidak sedap.
Kita jarang bersyukur dapat tidur di atas katil yang empuk, dapat melayari facebook sehingga lewat pagi. Dapat meratah peha ayam KFC. Apa yang paling penting kita masih mampu makan dan tidur dalam ketenangan.
Pabila kami melihat orang yang kurang mampu ini, kami terpana sebentar mengenangkan bagaimana mereka begitu gigih mencari sesuap nasi.
Bayangkanlah, masih wujud lagi masyarakat yang hidup di dalam Selangor dengan bergajikan RM400 sebulan? Apakah kerajaan masih mahu lagi menaikkan HARGA MINYAK???
Ada yang berkerja dengan memesin rumput rumah orang dengan berupahkan RM15. Ada yang menjual kerepek dengan mendapat penghasilan sehari RM20.. Apa yang paling menyedihkan, rumah mereka dibina atas tanah-tanah rizab yang bila-bila masa saja boleh diroboh..
Syukurilah apa yang ada pada kita, nescaya Allah akan melambakkan rezekiNya kepada kita. Allahual'lam.
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.08pm
4-7-2011
Shah Alam
1 ulasan:
salam..
nikmat Allah tu utk disyukuri..
terima kasih ats entry ni bro
nice~
Catat Ulasan