Isnin, 24 Oktober 2011

Coretan Yang Berkelana 121 : Perjuangan Aqidah...



Anak di atas ini bernama "Muhammad Aizat". Dia merupakan anak kacukan. Maknya Vietnam dan ayahnya China. Ayahnya telah masuk Islam sejak tahun 1994 semasa bujang lagi kerana terlalu cintakna Islam. Cuma ibunya masuk Islam kerana mencintai ayahnya. 

Kini ayah dan ibunya sudah bercerai. Kalau mengikut sistem hadanah (hak penjagaan anak), seharusnya ibunya menjaga. Tetapi dalam kes ini, ayahnya yang paling layak dan wajib untuk menjaga kerana ibunya sudah murtad dan kembali ke agama asal.

Ibunya murtad atas alasan masuk Islam tidak dapat minum arak, tidak dapat makan babi dan lemas serta panas kerana memakai pakaian yang menutup aurat.

Oleh hal yang demikian, ibunya meminta cerai setelah dengan memberanikan diri, meminum arak dihadapan ayahnya. Kini anak ini dipelihara oleh mak angkat aku (wanita dalam gambar di atas), kerana atas dasar amanah dan atas dasar aqidah.

Ayahnya perlu mencari nafkah, dan anak ini tidak boleh diserahkan kepada nenek dan atuknya kerana keluarga ayahnya masih dalam agama Budha. 

"Saya mintak tolong sama akak, jaga ini anak saya bagi makan yang halal macam dalam Islam suluh ya kak. Saya tak mau kasik sama mak dia nanti mak dia kasik makan babi lagi macam itu hali.. Akak jagalah dia macam anak olang Islam lain.

Biar saya tak paham pasal Islam. Asalkan anak saya talak bodoh pasal Islam "... Pesan ayah anak itu kepada mak angkatku.

Lalu mak angkatku memelihara anak itu dengan rasa hati yang terbuka.. Aku mendoakan agar mak angkatku kuat untuk memelihara aqidah anak itu. Dan aku berdoa agar anak itu menjadi muslim yang sejati di sisi Allah.. Amin..

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
7.49pm
24-10-2011
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails