Khamis, 27 Oktober 2011

Sekadar Berkongsi 10 : Ketaatan si Hindu...


Ucapan " Deepavali " kepada penganut Hindu yang baru menyambut semalam. Moga anda berbahagia pada "hari kebahagian anda".

Apa yang aku ingin coretkan di sini tentang 2 upacara yang wujud sewaktu menjelangnya perayaan deepavali. Lebih-lebih lagi hal ini bersangkut-paut dengan agama hindu.

Malam menjelang deepavali, masyarakat hindu mempunyai sebuah kepercayaan iaitu "Pesta Cahaya". Ini dilakukan dengan menyalakan lampu, api atau membakar mercun agar rumah mereka kelihatan terang. 

Di ceritakan dari seorang sahabat, ini merupakan sebuah kepercayaan yang mana jika menyalakan lampu, malaikat akan datang ke rumah orang itu.

Dan pagi besoknya penganut hindu perlu mandi di tepi sungai dan memecahkan kelapa untuk membersihkan diri dan menyucikan dosa. 

Apa yang aku ingin ke utarakan di sini. Kalau kita fahami secara am nya, memecahkan kelapa begitu banyak untuk mengampunkan dosa? Takkan Tuhan suruh kita membazir? 


Bila kelapa sudah dipecahkan, tiada siapa pun yang kutip untuk dijadikan santan atau sebagainya. Bukankan ni suatu pembaziran. Jika kita menyoal kepada penganut hindu, kenapa mereka melakukan sedemikian, jawabannya " Ini suma Tuhan sudah suruh, kita tak bley tanya apa macam.. "

Nah, lihat sendiri jawaban penganut-penganut hindu itu, mereka cukup takut melanggari perintah Tuhan, walaupun haqiqatnya mereka mengetahui memecahkan kelapa itu suatu pembaziran.

Cuba kita renung dalam penganut Islam kita sekarang. Orang Islam sekarang mudah mempersoal dan mempertikaikan apa yang DISURUH oleh Allah.

Dan sibuk membahaskan dan bertanya yang mengarut-ngarut tentang suruhan Allah. Kenapa kena pakai tudung? Kenapa kena solat? Kenapa kena jalankan hudud? 

Kita sering asyik bertanya kenapa, kenapa, kenapa? Memang bertanya itu bagus. Kerana kata-kata hukama, "as-sual mifathun najah".. (Bertanya itu kunci kejayaan)..

Cuma kita sering bertanya dan amat sukar melaksanankannya. Allahua'lam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
11.30pm
27-10-2011
Shah Alam

1 ulasan:

Isteri Ustaz berkata...

entry kali ney sangat bagus.........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails