Selasa, 22 November 2011

Coretan Yang Berkelana 122 : Alhamdulillah, walimahku...


Sejak akhir-akhir ini aku sedikit sibuk, ini berikutan agenda yang begitu besar dan ia sebuah sejarah mengubah kehidupan aku. Jadi tak dapat sangatlah aku nak update entri-entri yang terbaru. 

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada yang kalian yang sudi menjenguk ke blog ku ini yang tidak seberapa.

Di sini aku tampalkan beberapa gambar sempena majlis walimahku. Terima kasih kepada famili aku, Ibunda, Ayahanda, Ajat, Ameer dan adek. 

Serta sahabat-sahabat seperjuangan @ adik-beradikku di dalam gerakan usroh kita iaitu Zaki, Afham, Azim dan isteri, Amir, Nik, Pullah, Fizan, Ayol, Nazri dan semua sekali..

Tidak lupa juga kepada semua anak-anak muridku yang telah menyumbangkan hadiah serta sumbangan yang tidak terkira.

Terima kasih yang terlalu besar kepada sahabatku Hilmi @ Mok dan ayahandanya sekeluarga yang telah menyediakan beberapa perkakas rumah untuk aku dan isteri.


Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada isteriku yang tercinta Farah, terima kasih kerana hadir dalam hidupku ini. Insyallah akan ku hargai kurniaan Tuhan kepadaku. 

Akan ku jaga amanah yang telah dititipkan oleh Sang Pencipta kepadaku ini.. Insyallah... Amin..








~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
11.50pm
22-11-2011
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails