Khamis, 27 Oktober 2011

Sekadar Berkongsi 10 : Ketaatan si Hindu...


Ucapan " Deepavali " kepada penganut Hindu yang baru menyambut semalam. Moga anda berbahagia pada "hari kebahagian anda".

Apa yang aku ingin coretkan di sini tentang 2 upacara yang wujud sewaktu menjelangnya perayaan deepavali. Lebih-lebih lagi hal ini bersangkut-paut dengan agama hindu.

Malam menjelang deepavali, masyarakat hindu mempunyai sebuah kepercayaan iaitu "Pesta Cahaya". Ini dilakukan dengan menyalakan lampu, api atau membakar mercun agar rumah mereka kelihatan terang. 

Di ceritakan dari seorang sahabat, ini merupakan sebuah kepercayaan yang mana jika menyalakan lampu, malaikat akan datang ke rumah orang itu.

Dan pagi besoknya penganut hindu perlu mandi di tepi sungai dan memecahkan kelapa untuk membersihkan diri dan menyucikan dosa. 

Apa yang aku ingin ke utarakan di sini. Kalau kita fahami secara am nya, memecahkan kelapa begitu banyak untuk mengampunkan dosa? Takkan Tuhan suruh kita membazir? 


Bila kelapa sudah dipecahkan, tiada siapa pun yang kutip untuk dijadikan santan atau sebagainya. Bukankan ni suatu pembaziran. Jika kita menyoal kepada penganut hindu, kenapa mereka melakukan sedemikian, jawabannya " Ini suma Tuhan sudah suruh, kita tak bley tanya apa macam.. "

Nah, lihat sendiri jawaban penganut-penganut hindu itu, mereka cukup takut melanggari perintah Tuhan, walaupun haqiqatnya mereka mengetahui memecahkan kelapa itu suatu pembaziran.

Cuba kita renung dalam penganut Islam kita sekarang. Orang Islam sekarang mudah mempersoal dan mempertikaikan apa yang DISURUH oleh Allah.

Dan sibuk membahaskan dan bertanya yang mengarut-ngarut tentang suruhan Allah. Kenapa kena pakai tudung? Kenapa kena solat? Kenapa kena jalankan hudud? 

Kita sering asyik bertanya kenapa, kenapa, kenapa? Memang bertanya itu bagus. Kerana kata-kata hukama, "as-sual mifathun najah".. (Bertanya itu kunci kejayaan)..

Cuma kita sering bertanya dan amat sukar melaksanankannya. Allahua'lam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
11.30pm
27-10-2011
Shah Alam

Isnin, 24 Oktober 2011

Coretan Yang Berkelana 121 : Perjuangan Aqidah...



Anak di atas ini bernama "Muhammad Aizat". Dia merupakan anak kacukan. Maknya Vietnam dan ayahnya China. Ayahnya telah masuk Islam sejak tahun 1994 semasa bujang lagi kerana terlalu cintakna Islam. Cuma ibunya masuk Islam kerana mencintai ayahnya. 

Kini ayah dan ibunya sudah bercerai. Kalau mengikut sistem hadanah (hak penjagaan anak), seharusnya ibunya menjaga. Tetapi dalam kes ini, ayahnya yang paling layak dan wajib untuk menjaga kerana ibunya sudah murtad dan kembali ke agama asal.

Ibunya murtad atas alasan masuk Islam tidak dapat minum arak, tidak dapat makan babi dan lemas serta panas kerana memakai pakaian yang menutup aurat.

Oleh hal yang demikian, ibunya meminta cerai setelah dengan memberanikan diri, meminum arak dihadapan ayahnya. Kini anak ini dipelihara oleh mak angkat aku (wanita dalam gambar di atas), kerana atas dasar amanah dan atas dasar aqidah.

Ayahnya perlu mencari nafkah, dan anak ini tidak boleh diserahkan kepada nenek dan atuknya kerana keluarga ayahnya masih dalam agama Budha. 

"Saya mintak tolong sama akak, jaga ini anak saya bagi makan yang halal macam dalam Islam suluh ya kak. Saya tak mau kasik sama mak dia nanti mak dia kasik makan babi lagi macam itu hali.. Akak jagalah dia macam anak olang Islam lain.

Biar saya tak paham pasal Islam. Asalkan anak saya talak bodoh pasal Islam "... Pesan ayah anak itu kepada mak angkatku.

Lalu mak angkatku memelihara anak itu dengan rasa hati yang terbuka.. Aku mendoakan agar mak angkatku kuat untuk memelihara aqidah anak itu. Dan aku berdoa agar anak itu menjadi muslim yang sejati di sisi Allah.. Amin..

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL-Haqir iLa Robbihi
ibnumaulub
7.49pm
24-10-2011
Shah Alam

Rabu, 19 Oktober 2011

Coretan Yang Berkelana 120 : Pengkongsian Bersama Pemuda...

Pada beberapa minggu yang telah lalu, aku diundang oleh Pemuda dari Masjid aL-Islah Sementa bagi program Aidilfitri dan Kemerdekaan Malaysia.

Ini antara program bagi mendekati pemuda dan remaja serta menerangkan kepada mereka nilaian Merdeka menurut Islam. 

Islam menuntut hak kemerdekaan atau lebih mudah disebut sebagai pembebasan. Pembebasan di sini lebih bersifat umum. Yakni merdeka dari segala genap pengertian, hatta merangkumi merdeka pada sudut akal dan pemikiran mahupun cara hidup.

Kemerdekaan yang dilewati oleh anak muda pada masa kini, tidak dihargai. Mereka lebih terpengaruh dengan gaya hidup cara barat. Menyambut kemerdekaan dengan cara yang tidak bertepatan dengan kehendak Islam.

Apa-apa pun, sebagai pemuda pada hari ini kita perlulah memelihara nilai kemerdekaan ini dengan sebaik mungkin. Apa yang paling penting, memerdekakan jiwa dan raga kita agar tidak dibelenggu dengan pemikiran jahiliyah dan lebih menuruti kehendak ketamadun Islam. Allahualam.






aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
7.40pm
19-10-2011
 Shah Alam


Rabu, 12 Oktober 2011

Sekadar Berkongsi 9 : Itu semua boleh 'Padam'..

video

P : Kanda, boleh tak dinda bertanya tentang undang2 negeri di sini?
L : Boleh, apa salahnya. Undang2 apa dinda?
P : Salah atau tidak kalau seorang lelaki masuk di rumah seorang 
perempuan semasa suaminya takda di rumah?
L : Hei..!! Itu salah besar ! Salah besar..!!
P : Kalau begitu, kanda ni pun salahlah.
L : Eh. salah jugaklah. Tapi itu tak jadi apa, sebab UNDANG2 DALAM INI NEGERI
KANDA YANG BIKIN, ITU SEMUA BOLEH PADAM...

Selasa, 11 Oktober 2011

Jom Baca Hadis 36 : Meraih Keampunan Allah...



Dan dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah shalallahu ‚alaihi wa sallam bersabda: 

“Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: ‘Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, niscaya Aku akan mengampunimu. 

Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula. 

(HR Tirmidzi, beliau berkata: “hadits ini hasan”)


Jumaat, 7 Oktober 2011

Renungan Sejenak 37 : Iman juga bermula dari ' Tandas '...


Sepanjang perjalanan 2,3 bulan yang lalu. Aku sering ke utara dan selatan. Dan menjadi kebiasaan untuk berhenti solat dan surau yang ada di sepanjang jalan. 

Apa yang paling menyedihkan, tandas-tandas di masjid dan surau berada ditahap yang paling menyedihkan..

Kotor, selak pintu takde, kadang air takde, bau hancing dan sebagainya. Tandas merupakan lambang keimanan dan keislaman seseorang itu. Ini kerana Islam mengajar akan kebersihan. 

Dan acap kali kita dengar "Kebersihan itu sebahagian dari iman".. Jadi pada pandang aku, wujud sesetengah masyarakat yang senang untuk solat di pam minyak dan RnR kerana tandas pam minyak dan RnR kebanyakkannya bersih walaupun tidak dinafikan ada yang kotor. 

Apa-apa pun, kebersihan tanggungjawab kita bersama. Allahualam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
ibnumaulub
4.41pm
7-10-2011
Shah Alam

Coretan Yang Berkelana 119 : Kembara ke Utara...

Anugerah masa dan kesempatan yang diberikan oleh Allah adalah sangat singkat kepada kita. Jadi gunalah ia sebaik mungkin, agar kita tidak pernah menyesal dengan masa yang pernah kita lewati lalu kita persia dengan begitu sahaja. 

Kebelakangan ini, aku sedikit sibuk dengan tugasan harian yakni mengajar dan tugasan-tugasan luar yang harus diselesaikan. Kadang-kala badan terlalu penat dan letih, apakan daya amanah yang dipikul harus dituntaskan jua.

Benarlah kata Imam Syahid Hassan al-Banna, kita mempunyai amanah yang terlalu banyak di dunia dan diperuntukkan sedikit masa sahaja. Nabi juga ada bersabda di dalam sebuah hadis, " Rampas 5 perkara sebelum datang 5 perkara, antaranya masa lapang sebelum sempit ".

Pada minggu lalu, aku dan sahabatku Afham kembara ke utara untuk mencari nafas baru, melepaskan kepenatan dunia dan merehatkan minda dari kesibukan dunia. 

Dalam perjalanan ke sana, alhamdulillah aku dapat mencedok sedikit ilmu dari pengalaman-pengalaman sekadar bekalan untuk menempuh hari-hari yang mendatang, insyallah. 

Semasa singgah solat di Masjid al-Adli, Lumut.

Bertemu sahabat lama, Ustaz Asri yg sudah mempunyai seorang cahaya mata.


Pergi ke tempat air bukit yang sering di ambil oleh masyarakat setempat.

Sewaktu di Lata Bayu, Baling Kedah.



Kembara Meraih Cinta iLahi
ibnumaulub
2.01am
7-10-2011
Shah Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails