Selasa, 2 November 2010

Coretan Yang Berkelana 87 : Sedara aku?

Kak Hani, Aku, Ibuku dan Mak Kak Hani.

Petang tadi saya dan adik menemani emak ke majlis perkahwinan anak perempuan kepada sepupu abah, Pakcik Atan. Kami adik beradik tidaklah begitu mengenali Pakcik Atan. Mungkin disebabkan jarak usia, dan kami jarang bertemu.

Semasa adik saya Kamel bersembang dengan Cik Atan, saya ternampak kelibat seseorang yang saya kenali. Cuma macam tak percaya sebab menurut blog beliau, rasanya beliau berada di Medan, Indonesia. Tapi saya tetap nak mencuba. Saya terus mencapai telefon dan terus menaip sms,

"Salam Aliff. Awak ada kat Kompleks Warga Emas Shah Alam ke?"

Saya memerhatikan kelibatnya dari jauh. Dia mencari-cari seseorang. Sah itu dia! Saya melambaikan tangan ke arahnya. Aliff tersenyum.

"Eh! Kak Hani. Assalamualaikum," sapanya. Saya memperkenalkan adik dan emak padanya.

"Sapa ni An?" tanya emak.

"Ini Aliff, anak murid Ustaz Muhamad," jawab saya.

"Kak Hani, buat apa kat sini?" tanyanya ramah.

"Kenduri lah.. Temankan emak. Ayah pengantin tu, sedara abah," jawab saya.

"Laaa... Iyer ke? Pakcik Atan tu, bapak sedara saya. Adik beradik dengan emak," balas Aliff sedikit terperanjat.

"Owh.. maknanye, kita sedara ek?" spontan saja ayat-ayat tu keluar dari mulut saya.

"Haaa?? Sedara kak Hani?? Wakakkaka.." Aliff tergelak-gelak, seakan-akan tak percaya.

Namun, waktu adik saya bertanya, serapat mana kenal dengan saya, jawapan Aliff betul-betul terkesan di hati saya,

"Kak Hani ni, dah macam kakak sendiri."

Sebelum kami berpisah, Aliff memperkenalkan kami kepada ahli keluarganya. Paling best saat berita ini diberitahu kepada Pak Atan sendiri. Seronok sungguh beliau. Kecil sungguh dunia. Tak sangka kami bersaudara rupanya.:D

Moral of the story, jangan la buat jahat kat sapa-sapa. Mana tahu, satu hari nanti, orang tu rupanya bersaudara dengan kita. Jadi besan kita ke, ipar-duai kita ker, menantu kita ker. Kalau diorang tak ampun, kan susah mau cerita. Semua tu, Allah lebih mengetahui.

Kalau ada yang bertikai, selesaikan dengan baik. Bukan buat cerita bohong and fitnah sana-sini, tambahkan lagi konflik yang belum selesai, semata-mata nak jaga nama baik masing-masing. Pleaselah.. No one is perfect. Semua orang pun buat salah, buat silap. Islam dah tunjukkan jalan penyelesaian terbaik. Buatlah ikut syariat, mudah-mudahan kita semua terselamat di dunia dan akhirat. Aminn..

By Kak Hani : http://nurhanisalwa.blogspot.com/

Selasa, 19 Oktober 2010

Lirik Puitis 14 : Terima Kasih.




Kerana kau kekasih
Bermunajat di sepertiga malam
Memohon wangi bunga di kaki syurga

Bagi menyerikan perasaan
Bagi mendewasakan percintaan

Terima kasih
Kerana merantai ku dengan cinta
Kerana mengajar ku erti bahagia
Menjadi manusia

By : Loving Born

Isnin, 18 Oktober 2010

Jom Baca Hadis 27 : Mencari Cinta Allah.



Dari Abul-Abbas Sahl bin Sa’d As-Sa’idi rodhiallohu ‘anhu dia berkata: 

Seorang laki-laki datang kepada Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkan aku suatu amal, jika aku lakukan akau akan dicintai Alloh dan dicintai oleh manusia. “Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Zuhudlah terhadap dunia, niscaya dicintai Alloh dan zuhud lah terhadap apa yang dimiliki orang lain, niscaya mereka akan mencintaimu”

(Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan imam yang lainnya dengan sanad yang shahih)
 

Rabu, 13 Oktober 2010

Coretan Yang Berkelana 86 : Berkelana ke Barus 2.



Kami mula bertolak dari Medan kira-kira jam 10pm, dalam rombangan ini bersamaku ada 5 orang lagi iaitu Hilmi, Pak Budi, Pak Umar, Pak Agus dan Pak Rudi. Kami melewati jalan menuju ke Parapat. Kami tiba di Parapart jam 2am. Lalu kami berhenti sebentar untuk menjamu selera. 



Kereta kami dipandu oleh Pak Agus. Beliau mahir selok-belok perjalanan daerah Sumatera Utara. Ini merupakan suatu kelebihan bagi kami untuk berhenti makan, kerana di Sumatera Utara dalam pencarian makanan adalah suatu perkara yang bebahaya. Ini kerana daerah kawasan Parapat dikatakan masih lagi kuat dalam amalan mistik atau santau.



Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Sibolga, kira-kira jam 8am kami sampai ke Sibolga. Kami berhenti singgah di rumah teman Pak Budi. Pak Don menjemput kami untuk bersarapan di rumahnya. Kemudian kami beristirehat dan mandi. 



Sewaktu di rumahnya kami banyak berdiskusi tentang hal-hal agama. Kalau di Indonesia ini, kalau disebut orang agama maka banyak pecahan orang agama itu. Ada yang hanya paham Fiqh, Tasawuf, Usul dan Tariqoh. Kami bertukar-tukar pendapat.

Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Barus. Perjalanan dikatakan hampir 2 jam. Alhamdulilah kami tiba di Barus, kira-kira jam 2.30pm. Kami menziarahi rumah Ummi, iaitu isteri kepada Arwah Mursyid Pak Budi sambil menunggu Pak Abdullah.




Pak Abdullah adalah anak kepada Ummi yang juga selaku Juru Kunci maqam yang mahu kami ziarah itu. Dan sebelum kami mahu menaiki puncak maqam itu, kami disarankan untuk mengambil wudu'. Agar kami bersih dari segala kotoran.




Kami memulakan penjalanan menaiki tangga menuju ke maqam pada jam 4.30pm. Alhamdulilah kami selamat tiba di puncak maqam itu pada jam 6pm. Dikatakan ketinggian maqam itu 400meter dari aras laut. Sampai sahaja dimaqam itu, kami diminta untuk menanggalkan selipar. 



Ini adalah antara adab-adab yang perlu dilakukan oleh setiap penziarah yang mahu menziarahi maqam tersebut. Kami memberi salam kepada ahli kubur dan duduk mengenang bagaimana perjalanan menuju ke akhirat nanti.



Maqam yang panjang ini dikatakan Syeikh Mahmud yang meninggal pada 47 hijrah. Dan 5 lagi kubur ditepinya adalah anak muridnya. Beliau dikatakan datang dari Hadhratmaut dan tiba di Barus untuk menyebarkan dakwah. Ada juga yang berpendapat beliau ini dari kalangan sahabat atau paling tidak dari kalangan tabi'in. 

Cuma apa yang sukar untuk dilogikkan akal, bagaimana maqam ini boleh berada di puncak gunung. Persoalan ini tidak dapat dirungkai dari kaca mata logika. Cuma boleh dikata dari sudut ilmu tauhid ia adalah karomah dari Allah kepada kekasihnya. 

Melihat maqam yang panjang ini, terasa dibenak hati kecil, "hebat sungguh perjuangan orang-orang yang terdahulu dalam menyebarkan dakwah Islam"."Apakah aku bisa menelusuri liku-liku perjalanan seperti mereka?". "Ya Allah kuatkan aku dalam mengikuti perjalanan kekasih-kekasihMu itu". Amin.



Kira-kira hampir Maghrib kami mula turun dari puncak permaqaman. Dan kami singgah di rumah Pak Abdullah untuk mandi,solat dan makan malam. Pada jam 10pm kami pulang menuju ke Medan. Allahua'lam.








" perjalanan para-para pencari Tuhan"
ibnumaulub
8.45pm (Wib)
8-10-2010
Barus, Sumatera Utara.

Khamis, 7 Oktober 2010

Coretan Yang Berkelana 85 : Berkelana ke Barus.


Insyallalh aku dan Tuan Guru ku bersama dengan Hilmi teman baikku akan berangkat ke Barus pada sebentar lagi kira-kira jam selepas Maghrib. Tujuan kami ke sana ingin menziarahi alim ulama' serta para kiyai yang ada di sana. Perjalanan dikatakan hampir 14 jam. Dan kami akan melalui Sibolga.

Tujuan ke sana dalam rangka ingin bertemubual tentang kedatangan Islam di Nusantara serta ingin menambah sedikit pengalaman dan ilmu tentang apa yang dikatakan Islam di Nusantara. Sahabatku sekalian doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Insyallah kami akan kembali ke Medan pada malam Sabtu, insyallah. Allahua'lam.


" Para pencari Tuhan "
ibnumaulub
6.19pm (Wib)
7-10-2010
Medan

Khamis, 30 September 2010

Pecah Perut 10 : Yang Atas...


Pada suatu hari Si Shafie disuruh oleh emaknya mengambil buah mempelam di kebun, untuk dibuat sambal. Sedang Shafie di atas pokok mempelam tersebut, tiba-tiba dia terlihat ke bawah. Ada sepasang remaja sedang 'berdrama swasta @ samarinda... dot..dot...

Maka berdirilah bulu roma, dan segala "khazanah" Si Shafie. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang terketar-ketar. Air liurnya mulai meleleh..

Tak lama kemudian didengarnya suara tangisan remaja perempuan itu, sambil tersedu-sedu dia berkata pada pekwenya. "Abang macamana kalau saya mengandung nanti? Abang kena bertanggung jawab." Lalu pakwenya menjawab "Sudahlah, syg, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, Dia maha melihat segalanya"...

Si Shafie terperanjat lalu dia berteriak, "Cis! cis! cinabeng ! korang berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku tengok je tau..

Selasa, 28 September 2010

Sekadar Berkongsi 2 : Kelebihan Surah al-Mulk.


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:  

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


Jumaat, 24 September 2010

Lirik Puitis 13 : Kita Insan Biasa...


Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...

by : Jay Jay & Dayangku Intan

Coretan Yang Berkelana 84 : Bila nak berubah?

Renung-renungkan dan selamat berubah...

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.55pm
24-9-2010
Shah Alam

Ahad, 19 September 2010

Jom Baca Hadis 26 : Jom ziarah jenazah...

Abu Hurairah r.a berkata : Rasullah s.a.w bersabda :

" Siapa yang menyaksikan (menghadiri) jenazah sehingga mensolatkannya maka ia mendapat pahala 1 qirath, dan siapa yang menghadirinya hingga ke kubur maka ia mendapat pahala 2 qirath. Ketika ditanya : Apakah 2 qirath itu? Baginda menjawab : Sebesar 2 gunung yang besar ".

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sabtu, 18 September 2010

Pautan Semasa 35 : M. Rajoli kembali ke rahmatullah.


Aku mendapat panggilan dari sahabatku Arif M.Rajoli pada jam 10.45pm malam tadi, satu berita mengejutkan. Beliau memberitahuku, bahwa ayahandanya sudah kembali ke rahmatullah. 

Alhamdulillah, kira-kira jam 9.30am tadi, aku dan sahabat yang lain sempat tiba di Tanah Perkuburan Islam Keramat dan menyaksikan pengebumian arwah M. Rajoli. Sempat kami membacakan tahlil dan mendoakan untuk kesejahteraan Allahyarham. Kami mendoakan agar rohnya tenang dalam menuju perjalanan yang lebih kekal abadi. Amin.

Kenangan akhir saat melawat Allahyarham M. Rajoli. Al-Fatihah.

Sedutan bacaan talkin oleh Allahyarham M. Rajoli dalam filem Esok Masih Ada.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.56pm
18-9-2010
Shah Alam

Rabu, 15 September 2010

Coretan Yang Berkelana 83 : Selamat Hari Raya...



Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya dari Yang Berkelana.. Aku rasa tak lambat lagi kan. Aku ingin meminta maaf seandainya ada tersentuh hati mahu rasa tersindir atau terperli tika sedang membaca coretan yang aku paparkan di blog aku ini. 

Jika ada yang terguris itu datangnya dari pihak kebenaran, terimalah dengan hati yang terbuka. Seperti bidalan Arab, " berkatalah yang benar meskipun ia pahit untuk didengar". Hamka juga ada mengatakan " seseorang yang bisa menerima kebenaran meskipun ia pahit untuk didengar, ketahuilah bahwa si pendengar sudah memerdekakan dirinya untuk menerima pandangan dan komentar dari pihak si benar".

Ok, maaf zahir dan batin.... Wassalam....

al- Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.49pm
15-9-2010
Shah Alam

Selasa, 7 September 2010

Jom Baca Hadis 25 : Larangan memutuskan silaturahim.

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda :

" Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari ".

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails