Jumaat, 25 Disember 2009

Coretan iLmiah 1 : Isa vs Jesus.

Selamat menyambut hari natal kepada para pembaca yang mungkin beragama kristian. Dan selamat bercuti kepada mereka yang akan bercuti, tidak dilupakan selamat  hari jumaat bagi mereka yang apa pergi menunaikan solat jumaat.

Apabila menyebut tentang hari krimas, maka ramai orang akan mengatakan ia sempena hari kelahiran Jesus. Iaitu yang jatuh pada 25 Dis. Mungkin ada juga para pengikut kristian yang bermazhab lain, akan memyambut krismas pada 6 atau 7 Jan. Boleh pulak maulid (hari kelahiran) Tuhan mereka lain-lain hari. Kalau Rasullah s.a.w pula, lahir pada 12 Robiul Awal.  Semua umat Islam mengiktiraf, Rasullah lahir pada 12 Robiul Awal.

Apa sebenarnya yang mahu aku sampaikan di sini, sebenarnya Islam mengakui Jesus itu adalah nabi, iaitu nabi yang diberi nama dengan Nabi Isa a.s. Perbezaan dengan kristian adalah, penganut kristian mengakui Jesus / Isa itu adalah anak Tuhan. Dan Islam mengiktiraf Maryam adalah seorang wanita suci yang menjadi mak kepada Nabi Isa, bukan seperti kristian yang mengatakan Mary itu adalah Tuhan Mak.

Yang menjadi pokok persoalannya adalah :

1. Nabi Isa tidak di salib, tetapi di angkat ke langit.
2. Triniti tidak pernah di ajar oleh Jesus tetapi fahaman Triniti itu muncul selepas 300 tahun kematian Jesus.
3. Jesus menolak konsep dosa warisan (bersamaan dengan Islam, dosa sendiri tanggung).(1)
4. Bible di tulis tanpa rantaian sanad tidak seperti al-Quran, sanadnya sampai ke Rasullah s.a.w.
5. Kalimat "Kristian" bukan dari Jesus, tapi dari St. Peter dan ungkapan Raja Agrippa 11.(2)


Alhamdulilah setakat ini sahaja, yang dapat aku kongsikan kepada kalian. Mungkin dengan 5 buah point di atas kalian dapat berfikir dan menggunakan ia sebagai jalan dakwah kepada mereka yang belum Islam. Ops, jalan lupa rujuk dengan ustaz / ustazah yang pakar dalam perbandingan agama. Allahua'lam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.41am
25-12-2009
Shah Alam

Nota kaki.
1. Rujuk Matthew 19 : 13-15.
2. Mack, Burton L., (Who wrote the new testament : the making of the christian Myth) 1995, h.208.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cume saya nak nasihat saudara.kita sebagai muslim tak boleh membenarkan yang salah dan tak boleh pula menyalahkan perkara yang jelas benar.klu kepercayaan seseorang itu adalah salah dan bukan mengikut hukum islam, maka salah lah dia.begitu juga kita tidak boleh mengucapkan selamat hari natal,hari depavali dan yang lain-lain(agama dan kepercayaan lain).sebab kita dianugerahkan nikmat islam.kita tahu kepercayaan mereka salah.dan jangan kita membenarkan walau sekelumit sekalipun.walaupun hanya dengan ucapan apatah lagi yang lagi lebih dengan perbuatan.

ibnu_maulub berkata...

saya fikir saya tak membenarkan ugama dia.. saya juzt mengucapkan selamat hari natal... itu sahaja.. "lakum dinukum, waliyadin"..

tiada sekelumit dihati ingin membenarkan ugama mereka..

saya menggunakan ayat paling halus dan paling hikmah bagi menawankan mereka membaca artikel saya.. sebab itu saya menggunakan ayat "selamat hari natal"...

bertasamuhlah dalam berfikir, insyallah kita akan dapat mmenjumpai titk pertemuan... Amin..

syukron sahabat, kerana memberikan buah fikiran... wasalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails