Jumaat, 11 Disember 2009

Betul Juga 19 : Hantu.


Ni mesti kena santau atau buatan orang! Mungkin ungkapan sebegini dulu wujud dalam masyarakat orang melayu. Tapi akhir-akhir ini, dapat kita perhatikan, cerita-cerita hantu, jin , toyol dan sebagainya sudah muncul dalam layar perak di Malaysia ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan". Gejala bertaburannya cerita-cerita hantu ini, kesudahannya menakutkan budak-budak.

Ditambah pula dengan seekers, pemburu hantu yang ada di saluran Astro ini akan membuat orang makin layan cerita hantu. Cuba bayangkan ek, memang betul kata Dr. Fadzilah Kamsah apabila berdebat dengan Uncle, beliau mengatakan " dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku", az-Zariyat :  56. Dan diikuti dengan al-Baqarah : 3, " iaitu orang yang beriman dengan alam ghaib".

Jadi secara ringkasnya, senang je tak payahlah nak buru hantu ke jin ke? Apa faedah yang kita dapat? Al-Quran dan hadis suruh percaya sudahlah. Kan masalah bila kena rasuk jin. Hantu memang tak wujud, yang wujud hanya jin yang menyerupai pelbagai bentuk untuk menakutkan manusia agar kita syirik kepada Allah s.w.t.

Bila dah kena rasuk sibuk cari ustaz. Cari bomoh, cari pawang, cari tabib. Bagi aku secara jujurnya, aku lebih  bersetuju dengan siaran Oasis yang memaparkan teknik perubatan secara Islam. Ini lebih bagus dalam memberi ilmu kepada masyarakat tentang alam jin itu sendiri. Buat apalah yang kita dok sibuk pi buru hantu, pi buru jin tu. 'Kawan' tu dah memanglah duduk kat hutan, kat kubur, kat tapak rumah yang lama ditinggalkan.

Hatta  Rasullah s.a.w sendiri mendidik dan mengajar kita agar membaca surah al-Baqarah, ini kerana berdasarkan dari hadis nabi, jin tidak akan masuk selama 3 hari ke dalam rumah yang dibacakan surah al-Baqarah. Jadi di sini, seharusnya kita berbalik kepada guide line yang telah diberikan oleh Islam, seharusnya kita buatlah cerita yang boleh menambahkan keimanan kepada si penonton itu tadi.

Memang tidak dapat dinafikan dengan cerita-cerita sedemikian boleh menambahkan keimanan kepada penonton, tapi sejauh mana? Bersama-samalah kita fikirnya. Allahua'alam.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.27am
11-12-2009
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails