Tengahari tadi ada sekeping surat sampai ke peti surat rumahku. So macam biasalah, bila dapat surat mestilah kita akan buka. Apabila aku membuka surat itu, apa yang aku dapati hanyalah sekeping surat (lihat gambar di atas). Aku amat terkejut, aku mendapat surat yang bertulis sila hubungi Sami di atas surat itu untuk mendapat ramalan no ekor yang tepat.
Pelik betul aku dengan manusia sekarang ni, rajin pulak dia dok beli sampul surat, beli setem, fotostat surat tu banyak-banyak kemudian pergi pos surat tu. Alhamdulilah, mungkin bagi diri aku, aku menganggap surat itu hanyalah sebuah surat yang tiada manfaatnya dan tidak perlu dilayan. Tapi cuba bayangkan, kalaulah seseorang yang terdesak dan memerlukan wang, tiba-tiba dia mendapat surat tersebut.
Mestilah dia segera pi cari Sami tu dan minta no ekor dan terus pergi beli. Bayangkan, secara tak perasaan dia sudah membuat 2 kesalahan di sisi agama Islam, iaitu ;
1. Syirik : Percaya kepada bomoh, sami, dukun dan sebagainya.
2. Berjudi : Membeli no ekor adalah haram di sisi Islam.
So, pak cik- pak cik di kedai ekor sana, sudah-sudahlah beli no ekor. Belum pernah dalam sejarah Melayu, orang Melayu jadi jutawan dengan beli no ekor. Allahua'lam.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.30am
17-12-2009
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan