Rabu, 16 Disember 2009

Coretan yang Berkelana 45 : Kita mengejar dunia atau dunia mengejar kita.

Petang tadi sekitar jam 2.30pm aku bertemu dengan seorang sahabat aku Pullah di Kampung Kerinchi. Pullah   adalah merupakan salah seorang sahabat lama aku dan kini kami sedang giat menjalankan beberapa usroh kepada sahabat-sahabat yang sudah mahu dan berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Pertemuan aku dan Pullah adalah mempunyai beberapa tugasan penting atas permintaan dari Ustaz Muhammad ini kerana tujuan ustaz untuk menyebarkan serta memahamkan masyarakat tentang Islam dengan lebih dekat lagi. Kemudian aku berbincang dengan Pullah.


Tiba-tiba Pullah mendapat panggilan dari sahabatnya yang kini sudah menjawat jawatan sebagai Pegawai Agama di JAWI. Di sedang menunggu di Restoran Pelita di Bangsar. Kemudian aku dan Pullah terus bergegas ke sana. Sampai sahaja di sana kami terus bertanya khabar dan sebagainya. Kemudian sahabat Pullah tadi terus membuka laptop dan ingin membuat sedikit penerangan.


Setelah beliau selesai memberi penerangan kami pun beransur pulang. Dalam perjalanan aku dan Pullah berbual menceritakan pendapat masing-masing tentang program yang terbaru itu tadi. Memang secara jujur benda ini banyak memberikan kebaikan kepada masarakat. Tapi aku terdiam seketika, apabila Pullah menguja pendapatnya. Beliau berkata, "Aku bukan ape Lip benda-benda MLM ni semua aku dah masuk, memang menarik boleh dapat duit sampai 40 ribu, tapi cuba kau bayangkan kalau kau dapat 40 ribu tu, malam ni masuk duit  bank besok kau mati, so kau sempat tak kau pegang duit yang kau cari macam nak mati tu?".


Aku terdiam seketika, dan tersenyum di dalam hati, hurm alhamdulilah kawan aku ini sudah mengenal erti dunia yang sebenar. Jadi dapatlah kita mengambilk iktibar, adakah kita mengejar dunia atau dunia mengejar kita? Teringat aku akan lagu Kembara - Duit. " Jangan sampai jadi hamba duit". Apakah kita mencari duit separuh mati hanya untuk ingin memakai BMW 7s, atau mempunyai rumah yang besar seperti istana dan mempunyai pak guard atau mempunyai saham dan duit berjuta-juta? Allahual'am.

"biarlah dunia mengejar kita"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.30am
16-12-2009
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails