Jumaat, 4 Disember 2009

Coretan Yang Berkelana 44 : Menghadap Robbul Jalil.


Apabila melihat gambar di atas teringatlah kita akan masa sekolah dulu, kena beratur asyik-asyik beratur. Kemudian kalau lambat masuk perhimpunan mesti kena denda. Tapi bagi yang datang awal akan dipuji oleh cikgu dan tidaklah kena denda. Mungkin itu hanyalah sebuah pengalaman hidup ketika bersekolah dahulu.

Gambaran di atas dapat kita simpulkan kepada kehidupan kita seharian. Lebih-lebih lagi dalam menunaikan kefardhuan solat yang wajib kita dirikan 5 kali sehari semalam. Saat aku menulis ini, aku baru sahaja pulang dari membantu ada sahabat yang terkena penyakit rohani (gangguan makhluk halus). Setelah selesai berubat, kami bersembang bagi merapatkan silaturahim sesama mukmin.

Tiba-tiba ada seorang sahabat, bercerita tentang kelebihan solat fardhu diawal waktu. Dan kelebihan menunaikan solat secara berjemaah. Dia membayangkan bagaimana ibadat kita mahu diterima seandainya kita hanya sekadar bersolat. Seperti gambaran murid-murid yang beratur di atas. Allah menyukai amalan solat di awal waktu. Seperti cikgu-cikgu yang menyukai murid-muridnya yang beratur dengan cepat selepas loceng sekolah dibunyikan.Dan akan memarahi serta mendenda murid-murid yang terlewat beratur.

Sama seperti Allah, seandainya sesudah azan berkumandang, kita akan bersegera menunaikan solat dengan  perasaan yang begitu gembira untuk menghadap Robbul Jalil. Allah amat menyukainya. Akan tetapi tidaklah Allah itu marahlah kepada kita seandainya kita solat dengan lambat. Tapi fikir-fikirkanlah. Cerita dari sahabat itu tadi membuat aku termenung seketika, bagaimana pula dengan diri aku sendiri?

Adakah aku sekadar menunaikan kewajiban? Atau takutkan api neraka? Atau ingin menyelesaikan solat secepat mungkin kerana ingin menyambung kerja lain? Dan bagaimana pula kalian??? Allahua'lam.

"bergaul akan membuat kita terfikir diri kita dimana sebenarnya"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
4.46am
4-12-2009
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails