Ahad, 2 Mei 2010

Coretan Yang Berkelana 67 : Menziarahi guru yang sedang uzur.


Kira-kira 2 hari yang lepas aku mendapat sebuah panggilan dari pak cik ku yang mengatakan guru yang tinggal di Kampung Jawa telah mengalami penyakit ahmar. Beliau diserang pada malam Rabu kira-kira jam 2am. Setelah mendapat berita yang mendukacitakan itu, aku pun berniat untuk pergi menziarahi beliau. 

Pada petang Khamis, aku bercadang untuk pergi menziarahi beliau yang terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba Allah menguji aku. Kereta ku mengalami masalah iaitu kabel clash terputus. Maka nak dijadikan cerita aku meminta teman ku untuk menarik kereta ke bengkel dan aku terpaksa membatalkan niat untuk menziarahi beliau.

Alhamdulillah, Allah memberi keizinan kepada ku pada petang tadi ( Sabtu ) untuk pergi menziarahi beliau. Sedang dalam perjalanan menuju ke HTAR, aku terkenangkan dia sewaktu mengajar aku dahulu. Beliau memang cukup tegas dalam mengajar. Tetapi di luar dari mengajar, beliau adalah seorang yang gemar bersembang dan mampu membuat lawak.

Kira-kira jam 5.00pm aku sampai HTAR. Aku terus menuju ke tingkat 8A seperti yang dikhabarkan oleh pak cik ku. Sampai sahaja di wad 8A, aku terus mencari katil beliau. Kelihatan isteri dan cucunya sedang menunggu beliau. Aku melihat beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri. Aku berbual dengan isterinya dan menanyakan situasi yang lebih tepat bagaimana keadaan yang menimpa beliau.

Kemudian kira-kira 1/2 jam berlalu aku mengundur diri kerana ada beberapa urusan lagi di Shah Alam yang perlu diuruskan. Bilal Jamil, aku mendoakan agar engkau cepat sembuh dan pulish seperti sedia-kala. Amin...

Beliau yang kelihatannya tidak sedarkan diri

Penulis bersama Bilal Jamil pada 26-1-2010, sudah mula 
menunjukkan tanda-tanda keuzuran

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.30am
2-5-2010
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails