Ramai orang akan mengucapkan selamat hari ibu pada kala ini. Ini sempena sambutan hari ibu sedunia. Dan ada juga yang membawa ibunya pergi makan sekeluarga dan memberi hadiah kepada ibunya.
Apa yang inginku coretkan di sini, adalah tentang sambutan hari ibu itu. Lupakan tentang asal-usul sambutan ini. Ini kerana terlalu banyak fakta yang perlu dibaca satu-persatu. Rujuk : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Ibu
Sambutan ini berlainan dengan apa yang dibawa oleh Rasullah yang tercinta. Di dalam sebuah hadis, Rasullah pernah bersabda ;
Dari Abu Hurairah r.a berkata ; Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasullah dan bertanya,
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab : Ibumu.
Dia bertanya lagi : Kemudian siapa?
Baginda menjawab : Ibumu.
Dia bertanya lagi : Kemudian siapa?
Baginda menjawab : Ibumu.
Dia bertanya lagi : Kemudian siapa?
Baginda menjawab : Ayahmu. (1)
Ditambah lagi dengan sebuah hadis yang mengisahkan seorang sahabat bernama Jahimah r.a pernah datang menemui Rasullah untuk meminta pandangan baginda apakah dia layak untuk pergi berjihad sama.
Rasullah bertanya : Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab : Ya.
Lalu Rasullah bersabda : "Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah telapak kakinya". (2)
Jadi cukup jelas kepada kita, bahwa hari ibu bukan sehari, dan bukan mempunyai sambutan beramai-ramai. Hari ibu adalah setiap hari. Kita perlu mengasihinya, menyanyanginya, serta menjaga hatinya agar tidak pernah terluka dengan kata-kata dan kelakuan kita. Sentiasalah meminta maaf kepada ibu agar tidak terjadi Si Tanggang moden atau Malin Kundang kedua dalam sejarah.
Al-quran amat jelas menekankan tentang larangan mengatakan "ah" kepada kedua ibu-bapa kita, dan kita perlulah menghormati mereka selagi mereka tidak menyuruh kita bermaksiat kepada Allah meskipun mereka itu dalam keadaan kafir. Allahualam.
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.15am
9-5-2010
Shah Alam
Nota kaki :
(1) Hadis sahih riwayat Bukhari, no 5971 (kitab al-adab).
(2) Hadis hasan sahih, Sahih sunan an-Nasaie, no 3104 (kitab al-Jihad).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan