"Sesungguhnya ada seseorang yang bercakap dengan perkataan daripada keredhaan Allah Taala sedangkan dia tidak sangka pun sampai perkataannya itu kepada tempat yang ia (perkataan) sampai (daripada kemuliaan dan pahala), Allah akan tuliskan baginya dengan sebab perkataanya tadi keredhaan-Nya sehingga hari kiamat. Dan ada pula lelaki yang bercakap dengan perkataan daripada kemurkaan Allah dan dia tidak sangkapun akan sampai perkataannya tadi ke tempat yang ia sampai (daripada keburukan dan kemurkaan Allah Taala), Allah akan tuliskan baginya dengan sebab perkataannya tadi kemurkaan-Nya sehingga hari kiamat".
Hadis riwayat Imam Malik dalam kitab al-Muwatto' dan Tirmizi dan beliau berkata : Hadis Hassan Sohih.
1. Awasilah setiap perkataan kita ketika bertutur.
2. Ingatlah dengan suka sound-sound orang boleh mengundang kemurkaan Allah.
3. Peliharalah diri dari menceritakan tentang perkara maksiat.
4. Sentiasalah berfikir sebelum berkata-kata.
2 ulasan:
salam. nice bro
salam Ustaz,
Saya pernah dengar seorang ustaz berkata, boleh berbohong dalam 3 keadaan, semasa perang, bila berkata benar akan ada kemudharatan lebih besar, 1 lg tak ingat.. tapi boleh ke seseorang lelaki berbohong dengan isterinya sebab nak kawin lagi.. dan berbohong juga dengan bakal isteri keduanya, dan memfitnah orang lain, sebab nak selamatkan rumahtangga?
Catat Ulasan