Ahad, 16 Mei 2010

Coretan Yang Berkelana 69 : Selamat Hari Guru.



Pabila mengenang apa yang sudah jadi pada diriku kala ini, hanyalah sebuah pengajaran yang telah berlalu dari zaman tadika hingga kini. Sedarilah wahai sahabatku sekalian, apa yang terjadi pada diri kita kini adalah hasil didikan guru yang begitu besungguh dalam mendidik diri kita ini.

Cuma, apa yang ingin ku coretkan disini adalah suatu untaian yang tidak seberapa. Terdapat banyak perbezaan diantara "cikgu" dan "guru". Mungkin sesetengah orang berpendapat, ah sama saja cikgu dan guru. Bagiku 2 kalimah tersebut mempunyai makna yang begitu berbeza. 

Cikgu hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan mahupun ilmu pembelajaran. Guru menyampaikan ilmu dan secara langsung "mendidik" untuk kita menjadi orang yang berjaya. Teringatlah kita bahwa, guru yang paling utama dalam kalangan umat Islam adalah Rasullah yang tercinta. 

Jasa guru terlalu banyak untuk kita ungkitkan satu persatu. Pada diriku ini sahaja sudah malu untuk daku berkira dan memperlecah seseorang guru itu. Walaupun kadang-kala terdapat jua kekurangan dalam diri guru itu, aku mempunyai prinsipku yang tersendiri. Seperti bidalan pepatah arab ada mengatakan, "Pandanglah apa yang dikata, jangan memandang siapa yang berkata".

Apa-apa pun terima kasih kepada semua guruku, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang telah mendidik daku hingga kini aku menjadi orang yang berguna pada agama, masyarakat dan tanah airku. 

Alhamdulilah, kini aku telah pun mengalas tugas seperti mu itu. Dan akan ku meneruskan perjuangan dalam berdakwah mencari redha Ilahi. Amin.. "Selamat Hari Guru" kepada semua lapisan guru akademik mahupun agama juga tidak kira guru tadika sekalipun. Wassalam..

"terkenang masa zaman belajar dulu"
al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.26am
16-5-2010
Shah Alam

2 ulasan:

Hunny berkata...

Salam Bro Ustaz,

selamat hari ustaz.. :)

THOMMY berkata...

selamat hari guru bg alif!!...

heheh...ustaz pun seorang guru jgak kan... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails