Saya pernah mendengar seorang ustaz berkata, boleh berbohong dalam 3 keadaan, semasa perang, bila berkata benar akan ada kemudharatan lebih besar, 1 lg tak ingat.. tapi boleh ke seseorang lelaki berbohong dengan isterinya sebab nak kawin lagi.. dan berbohong juga dengan bakal isteri keduanyam, dan memfitnah orang lain, sebab nak selamatkan rumahtangga? (tanpa nama berkata)
1. Dalam peperangan.
2. Mendamaikan antara 2 orang yang bergaduh.
3. Menghindari dari terjadinya perceraian antara suami dan isteri.
Yang di atas sahaja hanya dibenarkan dalam keadaan untuk berbohong. Dalam bab untuk berkahwin lain, tidak dibenarkan, bahkan jika lelaki itu berbohong kepada isteri dan bakal isterinya, ini hanya akan menambah sebuah masalah yang lebih besar lagi. Berlakulah dengan jujur jika niat berkahwin itu suci dan berlandaskan atas dasar kewarasan iman dan akal. Insyallah, Allah akan membantu dalam perkahwinan tersebut.
Tidak dibenarkan memfitnah orang lain walaupun dalam keadaan untuk memyelamatkan rumahtangga. Ini kerna, perbuatan fitnah itu adalah suatu kesalahan yang begitu besar dan memungkinkan akan menimbulkan perasaan benci terhadap orang yang mendengar fitnah itu. Allahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan