Assalamualaikum. Pe koba semuanya..? Erm, kali ni, aku nak story sikit pasal kehidupan kita..hehe Pernah tak kalian menyebut perkataan "nasib baik aku ada". Erm, lepas nie kalian kena lebih berhati-hati tau.. ini kerna kalau kalian menyebut kalimah sebegitu boleh mendatangkan syirik..
Sebelum aku story lebih melalut lagi, apa maksud "syirik" tu sebenarnya? Syirik bermakna menyekutukan ALLAH atau menduakan atau menyamakan lebih kurang begitulah.. Syirik nie, terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertama syirik Khafi (tersembunyi) dan syirik Jali (nyata)..
Apa yang membingungkan kita adalah syirik Khafi itu sendiri.. Kalau syirik Jali tak susah, misalannya mudah sahaja. Kalau kita percaya dengan kata-kata pawang, bomoh, tilik nasib, suka tengok ramalan bintang 12 kat majalah tu, percayakan khurafat2 tak pon kalau kita lalu depan tok kong kuil, kita hormati patung-patung di situ sudah dikira syirik..
Erm, kalau syirik Khafi pulak. Syirik yang tersembunyi.. Misalannya wujud sifat riak, u'jub, takabbur tak pon macam yang kat atas yang aku cakap tu.. Kadang-kala perasan tak, kawan kita tak pon adik ke or anak kita yang ada sebelah kita, tiba-tiba nak terjatuh lalu kita sambut dia dari terjatuh sambil berkata "nasib baik aku ada, kalau tak mesti kau dah jatuh dah".. Nie, adalah satu kalimah yang boleh jatuh kepada syirik yang tersembunyi. Seolah-olah kita yang berkuasa dari ALLAH S.W.T, betul tak??? Jadi hati-hati dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut kita, selalu berwaspada...hehe
Ha, sebelum tu ada sikit lagi.. Perasaan tak kita kadang-kala kan, macam ada sesetengah orang yang makan gaji kerap berkata " kalau aku tak kerja, sapa nak bagi makan"? Nie, juga satu kalimah yang boleh jatuh kepada syirik.. Seolah-olah, dengan kerja itu kita mendapat rezqi bukan dari ALLAH. Itu silap, kerja yang kita lakukan adalah sebagai jalan sahaja ataupun usaha dan ikhtiar kita, kemudian ALLAH akan menurunkan rezqi kepada kita.. Jadi kesimpulannya, bukan bos atau majikan yang beri kita rezqi tetapi ALLAH, jadi tak payahlah nak takut lawan atau bangkang majikan atau bos kita jika dibuat benda yang tak betul..hikhik
Akhir kalam, nie adalah pemahaman aku dari segi konteks syirik yang diterangkan dari al-Quran dan Hadis.. Mungkin kalian lebih memahami dari aku, silakan..
Oleh yang demikian, berfikirlah wahai insan yang mempunyai akal.....
Wassalam............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan