Selasa, 2 November 2010

Coretan Yang Berkelana 88 : Umpama bermain bowling...


Asas kejayaan yang besar dalam hidup dimulai dengan sebuah latihan yang begitu gigih serta tidak pernah mengenal erti kejatuhan mahupun kegagalan. Ini merupakan suatu simbolik yang boleh dimasukkan dalam prinsip kehidupan setiap insan.

Pada malam tadi aku, Farah, Kak Hani, abg Hilmi, Pawi, Akmal dan sahabat yang lain pergi beriadah bermain bowling di Plaza Alam Sentral.

Secara jujurnya, dalam perlawanan malam tadi aku memang kalah. Biasalah, orang jarang main. Entahlah mengikut dalam sejarah hidupku, dah lebih 4 tahun aku tinggalkan dunia bowling ini.

Tiba-tiba pula malam tadi mereka ajak, aku dengan senang hati pergi dan join sama. Apa perkara yang boleh dikongsikan bersama, ada pengajaran hasil dari kekalahan aku itu.

Mungkin dari latihan yang jarang itu antara faktor yang menyebabkan kekalahan aku. Ini boleh dibawa dalam prinsip kehidupan kita.

Untuk memahirkan kita fasih berbicara ia memerlukan ilmu yang banyak, maka secara tidak langsung kita perlu mewajibkan diri kita untuk membaca buku dengan banyak. Begitu dalam berbicara tentang kehidupan, pabila kita banyak bergaul maka kita akan banyak mendapat pengalaman dari apa yang kita gaulkan itu.

Itulah percaturan hidup kita. Untuk meniti tangga kejayaan, perlu meredah seribu liku dan tabah setiap latihan yang bakal mengagalkan kita. “Orang yang dipandang hebat bukan dari berjayanya, tetapi dilihat kesungguhan untuk naik dari tersungkurnya itu”.

Abg Hilmi dan Akmal sewaktu giliran mereka.

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
12.30am
1-11-2010
Plaza Alam Sentral

1 ulasan:

Hunny berkata...

Yang penting, I scorer selepas syuk malam tuuu.. hehehe.:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails