Isnin, 8 November 2010

Coretan Yang Berkelana 89 : Hakikat manusia dan haiwan.



Semalam kira-kira pada jam 4.00pm teman aku mengajak untuk pergi ke Zoo Negara. Aku pun bawalah dia pergi bagi menunaikan impian dan hajatnya itu. Biasalah, makna kebahagian disisi lelaki apabila melihat temannya tersenyum puas mendapat apa yang dihajati.

Kami sampai di Ulu Klang pada 4.30pm, ini berikutan jalan lengang. Sampai sahaja di sana, kami terus membeli tiket untuk masuk. Kemudian kami masuk setelah dipasangkan tag ditangan. Pergh, dah canggih jugaklah Zoo Negara sekarang ni. Nak masuk kene scan dulu. Seingat aku kali pertama aku datang dulu masa umur 8 tahun dulu.

Kami melewati permandangan dari monyet, badak , kura-kura sampailah ke harimau. Apa yang menyentak pemikiran aku tatkala melihat gajah bersama penjaganya. Penjaganya hanya memegang sebatang kayu, lalu menyuruh gajah-gajah itu masuk ke dalam air dan beredam. Yang anehnya, si gajah itu tadi hanya menuruti arahan penjaganya.

Aku berbicara dengan teman aku, " Bodohkan gajah tu, kalau akulah gajah tu, aku pijak je penjaga tu pasal aku lagi besar". Tapi itu adalah hakikatnya bahawa gajah itu telah dididik untuk takut kepada penjaganya. 

Kemudian kami beredar ke kandang singa dan harimau. Apa yang menarik, mereka tidak dipagar tetapi hanya dihadang oleh takungan air yang sebesar parit dan tidak dalam. Tetapi singa dan harimau itu telah diperbodohkan dengan bunyi air yang dipasang dari atas pagar tersebut dan membuatkan mereka menganggap dihadapan penonton itu adalah sungai yang mengalir dan dalam. Hebat manusia kan?

Kemudian kami berjalan sampai ke kandang harimau bintang, melewati tasik yang penuh dengan bangau putih yang tinggal di situ dan dibiarkan terbang bebas tanpa ada jaring yang menyekat mereka. Pemikiran bangau itu sudah dijajah bahawa tasik itu adalah tempat tinggal mereka meskipun mereka terbang dengan jauh mereka akan kembali ke situ.

Apa yang kita boleh bawak balik dari pengajaran yang wujud di dalam Zoo tersebut. Ini membuktikan bahawa manusia itu hebat. Ini lebih jelas dalam al-Quran ada disebut dalam surah al-Baqarah ayat 30. 

" Dan tatkala telah berkata Tuhanmu kepada malaikatnya, Sesungguhnya Aku akan menjadikan Khalifah dimuka bumi ini, jawab malaikat, mereka hanyalah akan melakukan kerosakan dan akan menumpahkan darah dimuka bumiMu, lalu jawab Allah, Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak tahu "....

Ini bermakna, bahawa sesungguhnya manusia itu hebat jika didasari dengan ilmu yang berguna dan keimanan yang utuh dan teguh. Kerana manusia itu mulia dengan ilmu, dan dengan agama akan lebih terarah.

Ingatlah jika kita beriman dan beramal soleh, kita lebih mulia dari para malaikat, dan jika kita melakukan maksiat kita lebih hina dari binatang, ini kerana standad kita dan binatang sama, iaitu memakan rezki yang dikurniakan Allah, cuma binatang tidak perlu beramal dan mereka tidak pernah sesekali akan melakukan maksiat kepada Allah. Allahua'alam.












al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
3.53pm
8-11-2010
Shah Alam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya kuatir kalo ada pengunjung zoo berkata ada spesis terlepas dari kandang..skali lg maaf hanya gurauan untuk kepastian

Hunny berkata...

Salam,

Gi dengan sapa? Hehehe..:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails