Dalam sebulan dua ini aku mengalami stress dan kepenatan yang amat meletihkan. Ditambah pula memikirkan masalah kewangan, masa depan, pembelajaran dan tentang kerja. Dan dalam masalah dakwah pula kadang-kala mengalami kekurangan semangat yang jitu.
Semalam selepas dari balik mengajar, aku merasa kesunyian dan kepenatan. Tiba-tiba aku teringat akan seorang guruku yang pernah mengajar aku dahulu. Rasa rindu dihati terkenangkan "mereka".
Aku dengan segera mendail nombor Pullah untuk mengajaknya bertemu dengan guru kami. Dalam setengah jam kemudian Pullah sampai di rumah aku, dan kami terus bergerak.
Alhamdulilah, sampai sahaja disekolah, aku dan Pullah terus mencari ustaz kami dan bersalaman dengannya. Alangkah terkejutnya beliau pabila melihat kami yang sudah lama tidak menziarahinya.
Aku dengan pantas menceritakan keadaan kami semua yang sibuk dan banyak komitmen.. Cuma aku mengatakan yang aku "terlalu rindu" untuk bertemu dengan ustaz. Ustaz banyak memberikan nasihat dan teguran kepada aku dan Pullah.
Dan beliau memberikan 3 amalan yang berguna dan agar kami istiqomah :
1. Jangan tinggalkan tahajud walapun dah hampir subuh.
2. Jangan tinggalkan solat dhuha..
3. Rajinkan membaca "selawat Kamilah".
Di penghujung pertemuan, ku kucup tangan beliau dan meminta halal segala ilmu yang pernah beliau ajari kepadaku. Wassalam...
aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
5.23pm
26-1-2011
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan