Isnin, 31 Januari 2011

Coretan Yang Berkelana 100 : Membaca al-Quran itu juga rezki...


Pada Khamis lepas aku menelefon Ustaz Ibrahim dan menanyakan khabar. Ini berikutan kerana sudah terlalu lama kami tidak berhubung antara satu sama lain. Dengan ringannya mulut ust menjemput kami ke rumah beliau. Aku yang sedang minum petang bersama zaki ketika itu dengan pantas menyahut jemputan ustaz..

Seperti biasa, Pullah, Afham dan Azim ku roger untuk program pada malam ini. Kami berkumpul kira-kira pada jam 9.30pm. Dan mula bertolak menuju ke Kuala Kubu Bharu. 

Selepas ustaz berhenti dari sekolah kami, ustaz menerima jemputan menjadi pensyarah Qiraat di Darul Quran. Bangga gila kot, bila tengok ustaz sendiri keluar Akademi al-Quran mengajar peserta-peserta membaca qiraat.

Kira-kira jam 10.35pm kami tiba di rumah ustaz. Kelihatan ustaz begitu teruja menyambut kehadiran kami. Pergh bangga beb. Kami saling bertanya khabar dan bertanya perjalanan ustaz selepas ustaz keluar dari sekolah kami.

Ustaz bangga melihat Azim membawa isterinya Nurul Hashimah yang baru melangsungkan pernikahan. Kami saling bertanya dan berbual di antara satu sama lain. Sambil itu ustaz menghidangkan kami bihun goreng. Gila lapar beb.. Licin habis, ustaz tengok dengan senang hati.

Kira-kira jam 12am kami meminta izin untuk pulang ke Shah Alam, tiba-tiba dalam perjalanan Pullah mengeluarkan cadangan untuk pergi ke Bukit Fraser. Kami pun dengan "selambenya" tanpa banyak berfikir memacu kereta ke Bukit Fraser. Kami menaiki puncak kira-kira jam 3.25am.

Pabila naik dipuncak, apalagi macam biasa kami cari port baik dan bersembang tentang apa yang ada disekeliling kita. Perbahasan untuk ilmu tauhid dengan cara begini lebih mudah. Kami terkenang seketika pabila mengenangkan nasihat ustaz sebentar tadi. 

Beliau secara spontan mengingatkan kami, bahwa kekuatan untuk membaca al-Quran dan belajar ilmu al-Quran ini adalah "sebuah rezki dari Allah". Kadang-kala kita tersilap paham dengan mengatakan kekuatan untuk membaca al-Quran itu dari kita sendiri. Yang sebenarnya "usaha" dari kita, "rezki" dari Allah.

Kira-kira jam 9.30am kami bertolak menuju pulang ke Shah Alam. Setelah kepenatan tidur sebentar di dalam kereta beramai-ramai. Allalhua'lam.






al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
1.54pm
31-1-2011
Shah Alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails