Rabu, 8 Jun 2011

Mistik Melayu 1 : Khufarat Si Puyu..


Mungkin ada sesetengah dari kita yang pabila pulang ke kampung akan melihat di rumah-rumah kampung kebiasaanya ada memelihara ikan puyu dalam balang kecil walaupun seekor sahaja.

Pernah aku bertanya pada seorang mak cik, kenapa dia memelihara ikan puyu tersebut. Ini kerana aku perasaan ingin tahu terlalu kuat, kerna aku sering melihat dikampung-kampung berlaku keadaan sedemikian.

Mak cik itu menjawab, " Nak elak kena pukau,". Lalu aku, bertanya semula, " Macam mana boleh elak pukau pulak ? ".

Dia menjawab, " Ilmu pukau ini akan memukau orang yang ada di dalam rumah itu jika semuanya telah tidur, dan jika kedapatan ada yang tidak tidur walaupun seekor ikan puyu, maka pukau tersebut tidak menjadi ".

Dia menambah lagi, ikan puyu merupakan ikan yang tidak pernah berkedip mata apatah lagi tidur ". Dalam benak hati aku berkata sendiri, mak cik, nak elak kena pukau baca 3 Qul, Ayat Kursi sebelum tidur, baru malaikat datang jaga kita, Allah pelihara kita sampai subuh. Bukan ikan puyu jaga kita.

Begitulah antara amalan mengarut orang melayu yang tiada asas. Boleh terjatuh ke dalam amalan khurafat yang membawa kepada gejala syirik secara tidak sengaja.  Nau'zubillahi min zalik.. Allahua'lam...

aL-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
11.35pm
8-6-2011
Shah Alam

4 ulasan:

yunk berkata...

saya suka ikan puyu buwat pekasam.....

Tanpa Nama berkata...

tak baik dikatakan sebagai mengarut. Jika tidak betul orang takkan buat...mungkin ada betulnya cara itu.

contohnya begini..sebuah bank mengupah jaga untuk menjaga bank tersebut..bukankah keselamatan itu dijaga oleh allah???


selagi ia tidak syirik tak payahlah anda nak jadikan ia sebagai isu

ibnu_maulub berkata...

sy bukan membawa isu atau mengatakan ia mengarut..

memang termasuk dalam perkara khurafat..

ikan puyu dan pak guard bank adalah 2 perkara yang berbeza..

apa usaha ikan puyu untuk mencegah pukau tersebut.. hanya berenang2 didalam balang..

kalau pak guard ada usaha dimana ada senapang yang dibekalkan..

jadi saudara jangan ketepikan 3 Qul dan ayat kursi yang saya nyatakan..

dan kalau pihak tuan berani,.

kenapa takde nama...hikhikhik...

Azyan berkata...

dia jadi kurafat sebab kita bersandarkan ikan untuk keselamatan diri berbanding Allah. selalunyakan makcik2 kata, ikan ada mesti pencuri takde....salah tu...ikan berkuasa ke Allah? ALLAH MAHA BERKUASA...ikan mungkin berkuasa disebabkan KUASA ALLAH....sekadar pandangan..waallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails