Sepanjang perjalanan 2,3 bulan yang lalu. Aku sering ke utara dan selatan. Dan menjadi kebiasaan untuk berhenti solat dan surau yang ada di sepanjang jalan.
Apa yang paling menyedihkan, tandas-tandas di masjid dan surau berada ditahap yang paling menyedihkan..
Kotor, selak pintu takde, kadang air takde, bau hancing dan sebagainya. Tandas merupakan lambang keimanan dan keislaman seseorang itu. Ini kerana Islam mengajar akan kebersihan.
Dan acap kali kita dengar "Kebersihan itu sebahagian dari iman".. Jadi pada pandang aku, wujud sesetengah masyarakat yang senang untuk solat di pam minyak dan RnR kerana tandas pam minyak dan RnR kebanyakkannya bersih walaupun tidak dinafikan ada yang kotor.
Apa-apa pun, kebersihan tanggungjawab kita bersama. Allahualam.
~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
ibnumaulub
4.41pm
7-10-2011
Shah Alam
1 ulasan:
tandas lambang keperibadian muslim
:)
Catat Ulasan