Ahad, 4 Disember 2011

Coretan Yang Berkelana 123 : Kembara ke Kota Kinabalu, Sabah (1).

Alhamdulillah pada 25/11/2011 yang lalu, aku dan isteri sempat kembara menuju ke Kepulauan Borneo @ Kota Kinabalu, Sabah. Perjalanan kami sungguh kelam-kabut kerana tersilap melihat tiket yang telah dibeli. Kira-kira jam 2.30pm kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. 



Sesampai di KK, adindaku Aizat dan sahabatnya telah menjemput kami. Beliau telah menyiapkan sebuah kereta sewa dan menyediakan hotel untuk kami menginap, alhamdulillah.


26/11/2011 - Jam 7.28am aku dan isteri bertolak menuju ke Kundasang bersama adikku dan temannya Tommy. Untuk pengetahuan Tommy merupakan anak kelahiran Sarawak dan penganut Kristian. Aku sentiasa mendoakan agar beliau masuk ke dalam Islam.


Di Sabah, waktu solat mereka lebih cepat sejam berbanding waktu di Semanjung. Subuh kami ketika itu jam 4.45am. Jadi pada jam 6.30am, matahari sudah terik ibarat jam 8.00am seperti di Semanjung.

Kira-kira jam 9.58am kami tiba di Mount Kinabalu Park, atau bahasa yang mudah " Kaki Gunung Kinabalu ". Perjalanan dari KK ke Kundasang ini kira-kira 2 jam perjalanan dan sejauh 100km lebih. 




Cuaca kala ini, dingin dan membuat kami terpaksa memakai pakaian sejuk meskipun matahari terpacak di atas kepala. Sesudah memerhatikan keadaan sekeliling dan melihat keindahan puncak Gunung Kinabalu kami meneruskan perjalanan.



Jam 11.05am, alhamdulillah kami tiba di Desa Dairy Farm. Tempat ini dikenali dengan " Kampung New Zealand ". Ini berikutan keadaan lembu-lembu yang mereka pelihara serupa seperti lembu yang berada di New Zealand. 


Lembunya berwarna hitam-putih bertompok-tompok. Cuaca di sini sangat dingin. Rumput-rumputnya tumbuh dengan segar dan menghijau. Cuma... Keadaan di sini sangat " busuk ". Al-maklumlah, kandang lembukan..


Jam12.45pm, kami sampai Sabah Tea Garden, Ranau. Keadaan di sini sama seperti di Cameroon Highland. Di sini mereka menanam pokok daun teh. Cuma apa yang menyedihkan, ladang teh mereka sudah tidak cantik, dan banyak pokoknya sudah tidak di jaga rapi.



Kami melanjutkan perjalanan menuju ke Poring Hotspring, Ranau. Kira-kira jam 2.15pm kami tiba di sana. Di Poring ini, adalah merupakan kolam air panas. Waktu kami tiba di sana, keadaan sungguh sesak dengan orang ramai. 



Ada yang berkelah, ada yang membawa rombongan bas dan sebagainya. Maka kami membatalkan hasrat untuk bermandi. Cuma sekadar merendam kaki sebentar sahaja. Terasa kaki kejang, dan urat-urat mengalir dengan deras sewaktu merendam kaki di kolam tersebut.

Jam 3.24pm, kami melawati Rafflesia Garden. Tempat ini bukanlah banyak sangat pokok rafflesia. Cuma satu, dua pokok sahaja. Untuk pengetahuan kalian, pokok rafflesia adalah tumbuhan liar yang hidup dengan sendiri. Kami di kenakan bayaran RM10 seorang untuk melihat 2 pokok rafflesia itu.



Kemudian kami bertolak semula ke KK dan menempuh perjalanan sejauh 100km yang meletihkan. Kami singgah sebentar di Masjid Jamek Kundasang untuk solat jamak takhir. Allahua'lam.

~ Kembara Meraih Cinta iLahi ~
aL- Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
10.47pm
4-12-2011
Shah Alam

1 ulasan:

KizZ berkata...

Wah bestnya g KK...tak ajak Kiz eah?hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails