Rabu, 13 Mei 2009

Coretan Yang Berkelana 23 : Mencari Ulama'.


Minggu lepas pada hari Sabtu, di Medan ada sebuah seminar yang berkaitan dengan persoalan bi'daah serta permasalahan furu'.


Seminar disebut dibentangkan oleh seorang ulama' yang terkenal di Malaysia serta para pelajar di Mesir yang sering bertalaqqi dengannya. Beliau adalah Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari.

Seminar itu diadakan di MUI (Majelis Ulama' Indonesia). Apa yang menyedihkan ketika aku dan temanku berada di dalam seminar tersebut, kedengaran suara 'Siapa ustaz ni?', 'Bapak ini dari mana ya?'..

Rupa-rupanya sungguh orang Medan ini, kerana tidak mengenali ulama hebat ini padahal dari negara mereka sendiri. Jadi pengajaran kepada kita agar jangan sampai alpa dengan ulama' yang ada disekeliling kita. Nauzubillah.

P/s ; Syeikh Nuruddin ni, pernah belajar di Mekah selama 16 tahun dan bertalaqqi kitab hadis termasuklah Sunnan Sittah dan sebagainya. Cubalah cari kat You tube mesti ada. ;p

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails