Rabu, 6 Mei 2009

Betul Juga 12 : Program realiti...???

Pada masa sama, jika penganjuran program TV realiti 'direhatkan' sementara, ia akan memberi peluang para peserta membuat lebih persiapan.
Para peserta contohnya, boleh berlatih menyanyi dengan lebih baik supaya terpilih pada sesi uji bakat yang akan mereka sertai seterusnya.
Stesen-stesen TV juga tentunya akan menerima kehadiran bukan sahaja muka-muka baru, tetapi juga para peserta yang lebih berbakat.
Sebab itu tidak hairanlah ramai penonton kini yang mula berasa bosan kerana para peserta yang bertanding tidak berbakat atau berdaya saing ( Sumber http://www.utusan.com.my/)

Baguskan kalau realiti ini direhatkan tapi lebih bagus kalau direhatkan langsung. Ini kerana, cuba kita lihat anak muda seusia 15 tahun sudah mula bernyanyi dan mula menjadi idola pada peringkat anak seusia mereka.. Sebenarnya, cuba kita renungi apa sebenarnya yang masyarakat kita hendak lahirkan..?

Mahu melahirkan ramai penyanyi ke? Mahu melahirkan ramai artis ke? Bukanlah hiburan itu tidak boleh, akan tetapi sampai bila kita mahu menjadi hamba kepada hiburan???
ALLAHUA'LAM...

ibnumaulub
6-5-2009
2.33pm
Medan

1 ulasan:

Unknown berkata...

OIAM yg pling kualiti setakat ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails