Rabu, 6 Mei 2009

Pautan Semasa 8 : Kisah Tok Moh..

Timbul pula kes baru-baru ini, iaitu berkaitan tok bomoh pergi ke Dewan Undangan Negeri. Kenapa ek, tok moh tu pergi DUN?Agaknya dia nak pi tengok secara live kot macam mana ADUN ni dalam dewan...

Tapi ada pula satu laporan yang mengatakan, ada pihak tertentu yang menjemput supaya tok moh tu pi jampi kat kerusi tempat duduk seseorang. Apa-apa pun, ada fakta yang mengatakan bahwa tukang yang memberi laporan itu mempunyai saksi serta bukti yang kukuh.

Begitulah ajaran Islam yang sebenar, setiap penuduh harus mendatangkan saksi. Dan kalau kita renungkan, betul juga kata orang tua ek, "takkanlah pokok bergoyang, kalau tidak ada angin yang mengoyangkannya".( boleh jadi juga monyet kat atas pokok tu kot yang mengoyangkan)....hehehe

Oleh hal yang demikian, cuba kita renungkan firman ALLAH S.W.T dalam Surah an-Nisa', ayat 116; "Sesungguhnya ALLAH tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan ALLAH, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya." ALLAHUA'LAM.

P/s : Siapa yang jumpa bomoh serta membenarkan kata-katanya, tidak diterima solatnya selama 40 hari. Ni termasuk dalam mensyirikkan ALLAH. Nauzubillah.

ibnumaulub
6-5-2009
1.41pm
Medan

2 ulasan:

Unknown berkata...

suma org dah tau.

Unknown berkata...

tumpang lalu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails