Rabu, 13 Mei 2009

Coretan Yang Berkelana 22 : Mukmin yang kuat dicintai ALLAH.

Pada minggu lepas PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia) telah mengadakan pertandingan futsal bagi mahasiswa Malaysia yang berkuliah di Medan. Ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama orang Malaysia disamping itu menghilangkan strees belajar dan bagi semua pelajar Malaysia kat sini sihat.(",)

Jadi aku dan kawan-kawan turut masuk di dalam pertandingan tersebut walaupun tidak sampai ke separuh akhir. Biasalah lagi 3 hari nak masuk pertandingan baru nak buat team, dengan tak cukup latihan dan keserasian bermain bersama team baru tu yang kami kalah kot..huhu

Apa-apa pun teringat aku pada hadis yang aku belajar masa sekolah menengah dulu dalam subjek PQS (Pendidikan al-Quran dan Sunnah), hadis itu berbunyi "ALLAH lebih menyintai mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah", au kama qol..

Pengajaran dari hadis tersebut, dapat kita ambil bahwa kenapa ALLAH menyintai orang mukmin yang kuat ini kerana orang kafir akan takut jika melihat orang Islam gagah. Lagi-lagi bila perang, mesti dia takut kalau orang Islam ni gagah, tegap dan bersemangat. ALLAHUA'LAM.

Sesi taklimat oleh manager kami (bro Shatir) yang pakai baju coklat tu..

Sesi pemanasan badan..

Bersungguh-sungguh la konon, sat gi masa main pancit...hehe

Nie team kitaorang PAS FC, ( Pancing and Serdang FC).
P/s; Apa-apa pun, alhamdulilah team kami semua tutup aurat..

1 ulasan:

alif berkata...

jersi dah celtic..amacam...menang x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails