Jumaat, 29 Mei 2009

Jom Baca Hadis : Siri 4, Tahapan Penciptaan Manusia dan Amalan Terakhirnya.

Abu Abdurahman Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Rasullah bersabda kepada kami, sedang beliau adalah orang yang jujur dan terpecaya.

"Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan ciptaannya dalam rahim ibunya, selama 40 hari berupa nutfah (air mani yang kental) lalu menjadi alaqah (segumpal darah) selama itu, lalu menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu pula, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan mencatat 4 hal yang telah ditentukan, yakni ; rezeki, ajal, amal dan sengsara atau bahagiannya.

Demi Allah Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga hanya sehasta (dari siku sampai ke ujung jari). Lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga ia beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia pun masuk neraka.

Ada juga di antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak antara dia dan neraka hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli syurga maka ia pun masuk syurga.

Hadis riwayat Syaikhan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails