Sabtu, 16 Mei 2009

Pautan Semasa 9 : Hari Guru.

Assalamualaikum, hari ini 16 Mei.. Mungkin ada sebilangan sahabat kita pada hari ini sedang menjawat jawatan sebagai seorang ahli parlimen atau seorang bos mahupun sebagai seorang pekerja kilang ataupun sebagai seorang anggota polis ataupun sebagai seorang guru,mungkin kita tidak menyedari bahwa hari ini adalah merupakan hari yang melahirkan kita hingga menjadi insan yang berguna.

16 Mei adalah merupakan Hari Guru.. Sesungguhnya kalaulah tiada guru yang mengajarkan kita, masakan kita boleh menjadi bos pada hari ini. Paling tidak pon, kalaulah tanpa kehadiran guru bagaimana kita boleh menjadi pekerja kilang. Sungguh pun pekerjaan yang kita yang kita lakukan pada hari ini nampak meremehkan, kalaulah tiada guru yang mengajar kira-kira, mengajar membaca apakah kita boleh menjadi diri kita pada hari ini.

Mungkin ada sebilangan dari masyarakat kita akan mengingati Hari Guru ini pada waktu sekolah sahaja. Tu pun sebab ada sambutan Hari Guru. Teringat aku pada sebuah sajak yang berbunyi "Guru, kau ibarat lilin yang membakar diri sendiri demi menerangi sekelilingmu".
Memang tidak dapat dinafikan bahwa sesungguhnya jasa guru begitu besar kepada kita. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jadi ingatlah sebenarnya guru kita tidak pernah inginkan penghargaan akan tetapi hanyalah secebis doa. Tiadalah salahnya selepas solat kita mendoakan agar dosa guru kita diampunkan dan lebih-lebih lagi sedekahkan al-fatihah kepada guru yang telah dahulu pergi meninggalkan kita.....

Terima kasih kepada guruku :
1.Syeikh Mohamed Abd Nabi, Bilal Jamil, Ustzh Azizah,Ust Rauf,Ust Ibrahim, Ust Labib, Ust Zaid, Arwah Ust Asri dan Ustzh Nasiyah yang telah mengajarkan ilmu al-Quran khususnya tajwid dan qiraat kepadaku.

2.Ust Mohamad, Ust Esam , Ust Rosdie yang telah mengajar ilmu hadis, failasuf, mantiq, ulum quran serta ilmu siyasah kepadaku.

3.Ust Hamdan, Ust Mazlan, Ust Ali, Ust Khasful,Ust Syazwan, Ustzh Rubaiyah, Ust Husni yang telah mengajar ilmu fiqh, nahu,bahasa arab, sorof serta tafsir kepadaku.

4. Juga ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak aku sebutkan namanya termasuk semua guruku waktu tadika,sekolah rendah, sekolah menengah serta semua pensyarah-pensyarahku sekarang ini.

P/s : Jasamu akanku kenang sampai bila-bila... (",)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails