Ahad, 20 Disember 2009

Coretan Yang Berkelana 48 : Berjumpa Dr. Yusuf al-Qardhawi.


Kira-kira sekitar jam 6.45pm aku dan Pullah terus pergi ke Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, kerana seorang ulama'  yang begitu ulung dimata dunia akan memberi sebuah pidato khas sempena Maal Hijrah 1431.

Beliau adalah Dr. Yusuf al-Qardhawi yang merupakan ketua ulama' dunia. Beliau dijemput khas sempena sambutan Maal Hijrah dan Majlis Konvenkesyen Pakatan Rakyat di Selangor.

Alhmamdulillah, akhirnya dapat aku berjumpa dan melihat depan mata sendiri rupa Dr. Yusuf al-Qardhawi. Ini kerana Dr. Yusuf adalah salah seorang ulama' idola aku. Aku amat suka membaca kitab-kitab karangan beliau antaranya, Fiqh Daulah, Fiqh Awlawiyat, Akidah Salaf dan Khalaf, Fiqh Muzik menurut al-Quran dan Sunnah dan banyak lagi hasil penulisan beliau untuk umat Islam. Beliau adalah salah seorang ulama' kontemporari yang senantiasa berijtihad dan berfatwa bagi permasalahan yang baru.

Di dalam pidatonya, beliau ada menyebut beberapa perkara yang boleh kita kongsikan bersama, antaranya :

1. Mesti berniat dan berusaha untuk memerdekakan Palestin dari cengkaman yahudi laknatullah.
2. Menghayati peristiwa agung penghijrahan Rasullah dari Mekah ke Madinah.
3. Penghijrahan memerlukan pengorbanan dan keikhlasan dari hati yang ikhlas dan suci.
4. Setiap urusan dilakukan di masjid, ini kerana Nabi membina masjid tempat untuk umat Islam bersatu.
5. Hidup haruslah tunduk di bawah syariat Islam.
6. Mewujudkan pemerintahan Islam yang syumul serta mentaati segala perundangan al-Quran dan Sunnah.

Itulah antara ringkasan yang dapat aku simpulkan kepada kalian. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Dr. Yusuf al-Qardhawi demi memperjuangkan Islam dan memerdekakan Palestin. Amin.


Kehadiran orang ramai yang mendengar pidato Dr. Yusuf  al-Qardhawi.


 Dewan solat begitu sesak sekali.


Penulis dan Pullah (kiri) sahabat baik penulis, kami di belakang Dr. Yusuf al-Qardhawi (sempat lagi tu ambil gambar).

al-Haqir ila Robbihi
ibnumaulub
2.42am
20-12-2009
Shah Alam.

1 ulasan:

Hunny berkata...

salam Bro,

I was there as well...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails