Khamis, 26 Februari 2009

Betul Juga 9 : Budak Syariah vs Quranisme

Assalamualaikum, erm malam tadi aku pi la lepak dengan member lama.. Bukan ape, hari ahad nie aku akan pulang ke Medan untuk meneruskan perjuangan aku yang belum selesai. Diharap kalian doakan lah aku supaya berjaya dunia & akhirat. Amin..

Maka meriahlah malam tadi sambil minum di restoran mamak, kami berbual-bual dari cerita cinta (ala biaselahkan budak bujang), terus ke masalah ummat berkaitan dengan gejala sosial budak-budak sekarang sampai ke cerita politik Malaysia hatta sehingga ke topik bab-bab agama.. Begitulah keadaan aku dan member-member bila dah jumpa, sampai waktu berlalu berjam-jam pon tak sedar...

Bila masuk je bab agama, member aku startlah bertanya pelbagai masalah dan ingin mengetahui hukum dan jawapannya.. Setakat ini dalam hidup aku, setiap kali aku diaju permasalahan aku akan cuba membantu mereka, akan tetapi jika aku TAK TAHU, maka secara jujur aku akan berkata "AKU TAK TAHU". Tapi tidaklah aku meninggalkan begitu saja, aku akan bertanya kepada mereka yang lebih arif untuk mengetahui jawapanya dan kemudian aku akan memberitahu jawapannya kepada sahabatku tadi...

Sedang rancak berborak, tiba-tiba sahabatku bertanya "wei macam mana nak jawab hah, kalau ada orang tanya, tinggalkan puasa dengan sengaja tak berdosakan? pastu orang yang tanya tu dia pakai dalil Quran & dalam Quran tak cakap pun dosa"..

Kemudian aku bertanya kepada member aku tadi, " habis tu, kau cakap tak dalam hadis ada sebut pasal dosa". "Aku dah cakap dah kat dia, tapi dia kata mane yang lebih kuat Quran ke hadis?" jawab member aku. "Lah kalau macam tu, dia tu anti hadis lah",balas aku. Member aku menyambung," aku dah cakap yang dia tu anti hadis, tapi dia cakap dia beriman dengan hadis akan tetapi dia lebih mengikut sumber yang terkuat iaitu al-Quran".

Maka aku pun cakaplah kat member aku, "senang macam ni lah, kau cakap kat dia kalau abang ikut sumber yang paling kuat (iaitu al-Quran) tanpa mengambil hadis sebagai sandaran dan tafsiran bagi al-Quran, 'cuba cari dalam Quran macam mana nak kapankan orang mati??'....
Sahabat aku pun tenang dengan mendengar jawaban itu.

Jadi kita sebagai insan yang muslim, mukmin dan insyALLAH akan cuba menjadi seorang yang muhsi, maka setiap amalan dalam kehidupan kita haruslah berdasarkan ;

  1. al-Quran
  2. al-Sunnah / al- Hadis
  3. Ijma' ulama'
  4. Qias
Sekian sahaja coretan yang berkelana setakat ni.
Ok, wassalam..

3 ulasan:

Unknown berkata...

soalan lain, mcm mana nak dirikian solat tanpa rujuk hadis dan semata-mata alquran?

hehehe... soklan femes utk anti hadis..

Hunny berkata...

Salam bro,

Semakin hebat penulisan bro. Teruskan menulis entri bermanfaat. tadi ada seminar takhrij hadith di jalan duta. Intai2 juga kalau ada sahabat2 blogger i, tak ada pulak. patutnya suruh aja budak2 anti hadis tu datang. apara.. Selama ni, dia niat ajer ke bila solat?

Tanpa Nama berkata...

Blog yang menarik...teruskan.jihad dakwah ni bukan kena tunggu cakap mulut ja...segala kemudahan dah dimudahkan,tunggu apa lagi,teruskan jihad mendidik jiwa2 insan lain yang dahagakan ilmu(terutama dalam bidang agama).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails