Selasa, 31 Mac 2009

Coretan Yang berkelana 15 : Menerowong arus mahasiswa.



Mahasiswa merupakan pelapis di setiap arena bagi sesebuah negara. Terpulanglah kepada seseorang mahasiswa itu, selepas dia berjaya menamatkan pembelajarannya maka apakah jasa beliau kepadaagama, bangsa dan tanah air beliau sendiri. Terpulanglah kepada mahasiswa tersebut samada ingin menjadi seorang pemimpin yang ingin memuliakan bangsanya, menyebarkan agamanya atau ingin menaikkan taraf ekonomi bangsanya dan sebagainya.


Semalam, alhamdulilah aku dan beberapa orang sahabat sempat mengikut satu seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasisiwa Islam Indonesia ( PMII). Tujuan kami masuk ke seminar tersebut adalah ingin mendengar komentar dan mendengar perbahasan yang ilmiah. Dan jangan terkejut, kami 5 orang adalah tetamu yang istimewa karena tetamu dari Malaysia dan merupakan mahasiswa asing yang mengikuti PMII tersebut. Ada isi- isi yang menarik di dalam seminar tersebut , antaranya ;
  1. Pendidikan sebenarnya bebas nilai. Maksudnya, ramai mahasisiwa hari ini ke kuliah bukan untuk menuntut ilmu, tetapi mencari pointer yang tinggi (padahal mereka tidak memahami ilmu tersebut).
  2. Ramai mahasiswa yang datang ke kuliah hari ini lebih menjadikan kuliah sebagai destinasi mencari jodoh.
  3. Mahasiswa sibuk dengan study hingga lupa tanggungjawab kepada masyarakat seperti berdakwah dan sebagainya.

Sebahagian hadirin dan hadirat yang hadir.



Sekian, wassalam..
ibnumaulub
06.19pm
31-03-2009
Medan

Ahad, 29 Mac 2009

Coretan Yang berkelana 14 : Allah sentiasa bersama kita..

Setelah melihat gambar di atas, mungkin benak di hati kita hanya akan menuturkan "alah tukang beca je".. Pada malam semalam, aku bersama teman pergi ke sebuah hotel bertaraf 5 bintang, kani ke sana bertujuan ingin menjemput tetamu dari Malaysia yang melawat Medan..

Setalh sampai di hotel, teman aku naik ke atas dan aku hanya menunggu di lobi sahaja.. Setelah menunggu agak lama, aku pun keluar untuk bertemu dengan pemandu kereta sewa untuk memberitahu plan 2 orang pelawat itu...

Sedang aku berbincang, tetiba je pak cik kat atas tu menegur kami dan bertanya kami dari mana dan sebagainya... Kemudian dia bertanya aku, kenapa datang Medan ni? Aku pun menjawab, "aku kuliah di sini pak, di IAIN". Terus dia bertanya, semester berapa? Aku menjawab semester 8 untuk program ijazah..

Tetiba dia mula sebak, dan bercerita "aku pun dulu kuliah juga, dan memiliki Sarjana Hukum (kalau kat Malaysia sarjana Undang-undang) di USU tahun 1988". Setelah selesai kuliah dan memiliki S 1, aku bekerja di Kantor Keuangan di Medan. Tetiba isteriku lari dengan orang lain dan aku tidak dapat menahan stress kemudian aku berhenti berkerja dan akhirnya aku menjadi tukang beca..

Moral : Ingatlah setiap walau apa dugaan sekali pun, janganlah kita merasa lemah dan putus asa. Seperti yang tercatat di dalam al-Quran surah Yusuf " dan janganlah aku berputus asa, sesungguhnya orang yang berputus asa hanya dikalangan orang-orang kafir sahaja". Dan apabila kita mula ditimpa musibah, "sesungguhnya ALLAH bersama kita".
Allahua'lam..

ibnumaulub.
06.38pm
Medan


Renungan Sejenak 15 : MUTIARA KATA EMPAT-EMPAT (HAMKA).


1) Empat dikenal dengan empat : Pengarang kerana karangannya, orang alim kerana jawabnya, orang bijaksana kerana perbuatannya, dan orang yang tabah kerana kesanggupannya bertahan.

2) Emapt alamat bodoh : berteman dengan orang yang bodoh, banyak perbuatan berlebihan-lebihan, tak dapat mengunci rahsia dan memandang ringan kebaikan orang lain.

3) Empat perkara menunjukkan akal : menyukai ilmu pengetahuan, tenang sikapnya, tepat jawabnya dan banyak benarnya.

4) Empat perkara menunjukkan seorang ahli siasat : tak berubah mukanya kerana kritik, tajam matanya melihat kesempatan, dapat memilih perndapat yang berbeza-beza, senyum mukanya berhadapan dengan lawan.

5) Empat sempurna kerana empat : sempurna ilmu kerana amal, sempurna agama kerana takwa, sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan diri kerana wibawa.

6) Empat tidak dapat dipisahkan daripada empat : rakyat tidak dapat dipisahkan daripada politik, tentera tidak dapat dipisahkan daripada pimpinan, suatu pendapat tidak dapat dipisahkan daripada musyawarah, suatu azam tidak dapat dipisahkan daripada istikharah.

Jumaat, 27 Mac 2009

Coretan Yang berkelana 13 : Wahyu pertama..

Semalam hari cuti, aku tidak ke kuliah.. Cuti sempena Hari Nyepi.. Hari Nyepi ni merupakan kepercayaan bagi orang Hindu di Indonesia. Mujur di tempat aku di Medan majoritinya Islam.. Sambutan Hari Nyepi ini lebih meriah di Bali.. Mengikut kefahaman mereka, bermula dari pagi sampai menjelang malam, bagi penganut agama Hindu tidak boleh keluar rumah. Tidak boleh membuka lampu, dan ajaibnya seluruh pengangkutan terpaksa diberhentikan satu hari tidak terkecuali penerbangan kapal terbang..

Jaid aku mengambil kesempatan untuk berjalan mencari buku-buku dan secara tidak langsung boleh lah keadaan Medan.. Kalau di Indonesia ini memang terkenal dengan buku yang murah..

Suasana dikedai buku yang sibuk.

Rata-rata yang aku lihat ramainya Cina, mungkin ramai dikalangan orang Indonesia yang tidak begitu mampu kot...

Penulis sedang mencari buku-buku filosof. Kononnya, nak jadi ahli flasafah lah tu...

Kitab al-Quran bersebelahan dengan Bible.

Hati-hati kalau mahu beli buku agama kat Indonesia. Kalau setakat ada nama ALLAH belum menjamin itu buku untuk orang Islam..

Sabtu, 21 Mac 2009

Coretan yang berkelana 12 : Kehidupan malam.

Kehidupan malam bukan hanya di KL sahaja. Dunia malam ini membuatkan manusia kadang-kala alpa dengan kehidupan yang sepatutnya.. Apa yang aku perhatikan di sini, tidak jauh berbeza dengan KL. Tapi rase-rasenye lagi teruk sini kot...erm...

Bangunan yang ada ditengah kota Medan.

Pejabat Pos Indonesia di Medan.

Jangan ingat kat KL je ada 'budak-budak bike'. Kat Medan pon ada. Siap buat pacak lagi.

Waktu malam minggu restoran akan penuh dengan pasangan kekasih. Sehingga masyarakat di sini memanggil malam minggu dengan "wakuncar" (waktu kunjung pacar).

Jumaat, 20 Mac 2009

Betul Juga 11 : Siapa yang betul sekarang ni Ustaz..???


Ustaz, ada ustaz tu cakap kalau sebelum solat tak boleh baca niat?? Ada ustaz ngajar kat ........., dia cakap tak boleh buat kenduri tahlil..?? Betul ke ustaz..?? Ustaz kita nak ikut aqidah mana satu ustaz??

Semenjak 2 menjak ni, hangat diperkatakan berkaitan dengan soalan-soalan di atas.. Banyak lagilah permasalahan yang sedang melanda dalam masyarakat kita..

Dulunya timbul isu kaum muda dan kaum tua. Sekarang ni timbul pula isu wahabi ke ahli sunnah ke.. Permacam masalah yang timbul, ada kalanya soalan yang telah dibahas oleh ulama'-ulama' dahulu.. Timbul pula isu bidaah ke tak bidaah? Sesat ke tak??

Apa yang menjadi permasalahan adalah berlaku pecahan didalam masyarakat kita umumnya pada hari ini. telah berlaku dalam 1 masjid 2 puak.. 1 puak tak baca yasin malam Jumaat, yang 1 lagi baca yasin malam Jumaat. Yang 1 baca qunut, yang satu lagi tak baca qunut..

Apa yang lagi parahnya sekarang, timbul pula berkaitan dengan isu aqidah.. berkaitan dengan sifat 20 ke asma' wa sifat ke yang betul..?? Cuba kita renungi secara mendalam, apalah masalahnya kalau orang tu nak ikut yang mana satu tidak menjadi masalah.. nak baca yasin malam Jumaat ke, tak nak pakai metode sifat 20 ke..?? nak ikut Imam al-Maturidi ke..??

Apa yang menjadi masalah pada hari ini, banyak aqidah anak muda kita terikut dengan budaya barat dengan memakai lambang salib tanpa merasa jatuh aqidahnya.. Berapa ramai orang yang tak solat..?? Berapa ramai yang Islam tak menutup aurat.. Pernahkah kita menegur mereka..?? Pernahkah kita berdoa untuk mereka...

Ingatlah pesan Imam Hasan al-Banna (gambar di atas), jauhilah diri kalian dari perkara khilaf, kerna kekhilafan itu boleh memecah belahkan umat Islam.. Dan kalau kita rujuk tulisan Imam Hasan al-Banna didalam usulul i'syrin, yaitu bab yang pertama berkaitan dengan Rukun Faham... Beliau mengingatkan perkara berkaitan dengan kekhilafan.. Maka, perlulah dijauhi..

ibnumaulub
6.48pm
20-03-9
Medan

Coretan Yang berkelana 11 : Perlumbaan hidup.


Assalamualaikum. Hari lepas solat Jumaat, aku terus pi Merdeka Walk. Tempat tu, dekat tengah bandar Medan. Kat situ ada kedai macam Starbuck lah kalau kat KL, ada wi-fi. Biasanya, aku akan lepak 3-4 jam dengan mengorder secawan kopi.. Amacam cerdik tak aku... ;p

Dalam perjalanan ke sana jalan begitu 'jam'.. tapi 'jam kat sini lebih hebat dari KL.. lagi-lagi kalau simpang 3.. Tidak akan ada kenderaan yang mengalah, semuanya mahu jalan.. Mereka di sini mengamalkan prinsip "siapa cepat dia dapat". Dan pemandu di sini agak kurang siviknya.. erm...

Jumaat, 13 Mac 2009

Coretan Yang berkelana 10 : Nikmat sihat.

Assalamualaikum sahabatku sekalian.. Hari ni hari Jumaat, so kuliah aku hanya setengah hari je.. Macam biasa selepas habis kuliah aku akan terus pulang ke rumah sewa ku. Jam sudah menunjukkan 12.15pm, lalu aku bersiap sedia untuk pergi solat Jumaat.

Beza jarak waktu antara Medan dan Malaysia hanyalah 1 jam sahaja. Sesudah habis solat Jumaat, temanku mendapat panggilan telifon yang mengatakan ada seorang jemaah dari Ikatan Pemuda Masjid yang sakit di Rumah Sakit Umum Martha Friska.

Lalu aku dan temanku pergi ke hospital tersebut, perjalanan dari rumah sewa ku kira-kira setengah jam. Sampai aja aku di sana, aku dan teman terus solat Asar. Setelah selesai solat Asar, aku terus naik ke tingkat empat, di situ seorang mak cik sedang terlantar.

Penulis bersebelahan anaknya Agung yang berketurunan Melayu Langkat.

Mak cik tersebut merupakan jemaah dari daerah Starbat dan mak cik ini, merupakan orang Melayu Langkat. Kehadiran aku dan temanku menghiburkan hatinya, lebih-lebih lagi apabila mengetahui kami rakyat Malaysia. Seraya mak cik itu berkata "mak cik pun orang Melayu, nenek mak cik ada di Kedah". Doktor mengesahkan mak cik tersebut menghidapi penyakit serangan angin ahmar, ekoran dari penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Secara tak perasaan, hatiku menjadi sayu kerna terkenang arwah nenekku dulu yang menghidapi penyakit yang sama.

Dalam benakku terfikir tentang hadis yang menceritakan tentang makhluq ALLAH yang bernama "Rihul Ahmar" ( angin ahmar) dizaman Nabi Sulaiman a.s. Jadi kepada kita yang dikurniakan kesihatan yang sihat, hargailah sebaiknya. Ingatlah 5 perkara ;
  1. Masa lapang sebelum sempit.
  2. Masa sihat sebelum sakit.
  3. Masa kaya sebelum miskin.
  4. Masa muda sebelum tua.
  5. Masa hidup sebelum mati.
Akhirkalam, sekian sahaja coretan yang berkelana.
Wassalam.
ibnu maulub
13-03-2009
9.03pm

Medan

Rabu, 11 Mac 2009

Pautan Semasa 5 : Hidupku matiku kerna ALLAH S.W.T.


Assalamualaikum... Hangat sungguh Dewan Parlimen di Malaysia.. Aku hanya dapat mengikuti hanya dalam internet sahaja..Isu berkaitan dengan kalimah ALLAH itu sedang hangat diperbincangkan... Sehinggakan, tempias kehangatannya itu hebat diperkatakan oleh pensyarah2 ku di sini (IAIN Medan).

Sehingga ada pensyarah yang bertanya kepada kami apakah jawapan atau keputusan berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH itu? Maka di sini aku mempunyai 1pandangan ;
  1. Tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap penulisan selain dari al-Quran yang boleh menyebabkan fitnah (kekeliruan pada masyarakat) dan boleh menjadi seperti di Indonesia yang terlalu liberal.
Papepon, ahli Dewan Parlimen tidaklah bodoh unuk membuat keputusan terburu-buru.. Bagi pendapat aku, apa yang dikatakan oleh pihak pembangkang ada jua benarnya. Apa yang diutarakan oleh pihak kerajaan ada jua benarnya..

Aku bersetuju dengan tindakan JAKIM dalam melarang penggunaan kalimah ALLAH selain dari penulisan al-Quran dan hadis. Dan aku LEBIH BERSETUJU KALAU ;
  1. Kerajaan mengharamkan pusat perjudian dan mengharamkan lesen perjudian.
  2. Kerajaan melaksanakan akta untuk menyaman mereka yang membuka aurat dan seksi.
  3. Kerajaan melaksanakan segala hukum dalam al-Quran dan hadis.
  4. Kerajaan mengharamkan segala lesen hiburan termasuk konsert termasuk Jom Heboh.
  5. Kerajaan mengharamkan konsert Countdown awal tahun.
Akhirkalam, hidupku matiku hanyalah untuk ALLAH.. Sekian, kita berjumpa lagi dalam coretan yang berkelana..
Wassalam...

Coretan Yang berkelana 9 : Kalau tak tahu diam sudah la..


Assalamualaikum.. Hari ini pulang kelas seperti biasa.. Cumanya ada sebuah cerita yang hendak aku kongsikan pada kalian semua.. untuk mata kuliah terakir hari ini adalah mengenai Sistem Peradilan yang berada di Indonesia.

Oleh kerna dalam kelas aku ada pelajar dari Malaysia, iaitu aku dan sahabat2 yang lain, setelah pensyarah menerangkan Sistem Peradilan di Indonesia, maka dia bertanya kepada kami bagaimanakah sistem perundangan di Malaysia..

Maka kewujudan sahabat2ku memberikan jawapan, termasuk nama-nama mahkamah yang ada di Malaysia. Ada yang memberi jawapan Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi hinggalah ke Mahkamah Persekutuan..

Tiba-tiba adalah seorang brother sebelah aku ni (aku tak rapat dengan dia coz poyo sangat), mengomel sendirian dan berkata "mana ada Mahkamah Persekutuan"... dengan muka poyo...
maka, aku tersenyum sendirian...

Betullah kata ahli falsafah," kalau kita bodoh jangan bercakap, bila bercakap maka terserlahlah kebodohan kita..." Sekian, bertemu lagi dalam coretan yang berkelana.
Wslm....

Sabtu, 7 Mac 2009

Renungan Sejenak 14 : Perginya Kekasihku Yang diCintai.

Junjungan Mulia.
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia



Salam Maulid Nabi kepada semua muslimin dan muslimat. Ingat menyambut Maulid Nabi " TIDAK BIDAAH" sila fatwa lihat Qardhawi ;-


video


Kalau kita perhatikan pada tahun ini, secara kebetulan 12 Rabiulawwal jatuh pada malam Isnin.. Jadi sama-samalah kita menyambut hari kelahiran Rasullah yang kita cintai ini..
Akhir kalam, salam maulid Nabi..
lagu kat atas tu dari al-Mizan ( Junjungan Mulia).
Wassalam... ( Yang berkelana)

Coretan Yang berkelana 8 : Kita belum miskin lagi...


Assalamualaikum sahabatku sekalian.. Diharapnya semua sihat belaka. Dikesempatan ini aku akan berkongsi pengalaman aku di Medan.

Medan merupakan bandar ke 3 terbesar di Indonesia. (kalau tak silap aku la). Medan terletak di kepulauan Sumatera Utara. Apa yang aku ingin kongsikan adalah kenikmatan hidup yang kita kecapi di Malaysia.

Berdasarkan gambar disebelah ni, apa yang kalian dapat perhatikan.. Ini adalah gambaran masyarakat Indonesia di Medan yang miskin. Mereka akan mengutip sayur-sayur, buah-buahan yang dibuang ditempat pelupusan sampah tersebut.

Untuk pengetahuan kalian, ini adalah laluan aku setiap hari untuk aku pergi ke kampus. Disamping itu akan kewujudan ibu-ibu yang tua, anak-anak yang seharusnya pergi ke sekolah tetapi membantu ibu mereka mengutip sampah bagi menampung makanan mereka agar tidak lapar..

Setelah melihat mereka mengutip sampah tersebut, terlintas dibenakku, "semiskin-miskin kita belum ada yang makan sampah, yang makan sampah pun budak-budak PUNk"..


Pada pandangan dan pemerhatian aku, aku mendapat 3 pengajaran ;

  1. Rakyat kita akan menjadi sebegini jika kerajaan tidak membanteras korupsi.
  2. Rakyat kita harus dididik dengan iman dan belajar bersyukur.
  3. Pemerintah harus menangani permasalahan kemiskinan dan jangan fikir TEMBOLOK sendiri.
Akhir kalam, sekian itu sahaja coretan yang berkelana untuk kali ini. Sekian wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails