Jumaat, 20 November 2009

Tazkiyatul Nafs 1 : Menghindari penyakit hati.

Di dalam kitab Bidayatul Hidayah ada menyatakan suatu perkara yang tidak terlepas bagi kehidupan setiap insan itu. Perkara ini tidaklah datang dengan kehendak sendiri tetapi ia datang dengan sendiri. Apa yang dikatakan oleh Imam Abu Hamid (Imam al-Ghazali) di dalam kitabnya itu, adalah penyakit hati. Imam Ghazali menyatakan sebagai seorang insan yang mahukan ketulusan pengharapan keredhoan Allah adalah harus kita mencuba membuang, menjauhi penyakit hati.


Apa yang dikatakan penyakit hati ini, penyakit hati ini ada banyak contohnya. Akan tetapi di dalam Bidayatul Hidayah meletakkan 3 ciri. Iaitu :


1. Sifat hasad : ia bermaksud merasa cemburu dengan nikmat dan kurniaan Allah kepada hambanya. Dan ia bercita-cita agar nikmat dan kurniaan yang ada pada orang itu segera hilang.


2. Sifat Riya' : ia bermaksud mencari gelaran, sanjungan, pujian dan lain-lain. Ini adalah termasuk dalam syirik khofi (syirik tersembunyi). Sifat riya' ini bertujuan untuk meraih sanjungan manusia, agar ia dipuji rajin beribadah, rajin solat.


3. Sifat u'jub : ia bermaksud merasa takbur dan bangga dengan diri sendiri. Amatlah berbahaya jika penyakit u'jub ini wujud dalam diri seorang ustaz atau dai'e. Ia akan menjadi lupa dan tertipu dengan ilmunya apabila ia di sanjung sehingga boleh naik ke peringkat murid-muridnya mentaqdiskan (menyucikan) gurunya. Maka ustaz tadi akan merasa syok sendiri. Nau'zubillah.


Jadi apa yang kita dapat simpulkan di sini, aku dan para pembaca sekalian marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita dari hari ke sehari. Insyallah, Allah akan membantu kita dalam mencari keredhoanNya. Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails